Memandangkan PTPTN telah memperkenalkan pelbagai kaedah untuk bayaran balik pinjaman PTPTN, maka ramailah yang berlumba-lumba untuk menyelesaikan hutang masing-masing. Salah satu kaedah pembayaran balik PTPTN adalah dengan menggunakan kaedah JomPAY.


by Haziqah Muhamad
Memandangkan PTPTN telah memperkenalkan pelbagai kaedah untuk bayaran balik pinjaman PTPTN, maka ramailah yang berlumba-lumba untuk menyelesaikan hutang masing-masing. Salah satu kaedah pembayaran balik PTPTN adalah dengan menggunakan kaedah JomPAY.
JomPAY ialah satu inisiatif Nasional yang disokong oleh bank-bank di Malaysia untuk mewujudkan satu kaedah pembayaran melalui online dan telefon mudah alih di Malaysia. MyClear adalah sebuah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia yang mengendalikan JomPAY.
Mungkin ada yang sudah mengetahui tentang pembayaran kaedah JomPAY ini. Bagi sesiapa yang belum mengetahui cara pembayaran JomPAY ini, bolehlah rujuk info yang diberikan oleh saudara Fadzarul Rahman seperti di bawah.
Nak bayar PTPTN tak perlu nak pergi kaunter bank dah. Jimat masa berbanding nak pergi kaunter tu.
Sekarang ni bayar online pun dah boleh. Guna JomPAY je. Lagipun tak ada charge apa-apa kalau guna JomPAY ni. Tapi nak bayar guna JomPAY ni kena ada biller code dan reference no. So, mana nak dapat biller code dan ref no JomPAY?
Dah dapat biller code dan ref no. Boleh dah pergi kat online banking bank masing-masing. Setakat yang aku tahu boleh bayar guna JomPay melalui Bank Islam internet banking,Maybank2u dan Cimbclick. Bank lain mungkin ada kot. Masing-masing try dulu lah tengok macam mana.
Caranya, pilih bayaran bil menggunakan JomPAY. Nanti dia minta biller code dan reference no. Masukkan semua. Semak maklumat balik. Dah pasti maklumat semua betul teruskan lah untuk buat bayaran.
Selesai!
Dah bayar mesti nak semak kan?
Untuk semak kita punya baki penyata pinjaman tu. Pergi balik link ni www.ptptn.gov.my

Bagi setiap transaksi bayaran yang berjaya, Penyata Pinjaman/ e-SSPN1M-i / e-SSPN1M-i Plus di Portal Rasmi PTPTN akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja.
Info ni untuk siapa yang mungkin tak tahu lagi cara bayaran JomPAY. Siapa yang dah tahu okay lah.