5 OKU Tersohor Di Malaysia Ni Membuktikan Masalah Fizikal Bukan Halangan Untuk Berjaya
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

5 OKU Tersohor Di Malaysia Ni Membuktikan Masalah Fizikal Bukan Halangan Untuk Berjaya

post by Aisya

by Aisya

May 20, 2022
pada 9:01 AM

Biasanya kalau ada golongan OKU ni mesti korang akan pandang sebelah mata je kan. Tapi pernah tak korang terpikir sebenarnya terdapat ramai golongan OKU kat Malaysia ni yang dah berjaya malah ada yang lebih berjaya dari kita yang cukup sifat ni? Jadi kali ni kitorang nak membongkar rahsia kejayaan tokoh-tokoh OKU ini. Semoga ia menjadi inspirasi kepada kita untuk berjaya seperti mereka. Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 25/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja

1.Sukur Ibrahim, pemilik Syarikat D Strike Solution Sdn. Bhd


Meskipun cacat anggota tangan dan kaki, Sukur tetap cekal mengejar impian. Kini dia dah lapan tahun mengusahakan perniagaan pemasangan karpet melalui syarikat miliknya, D Strike Solution sejak tahun 2010 sehingga dia memenangi Anugerah OKU Cemerlang Kebangsaan (Keusahawanan). Dia mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari UKM.

Malah dia jugak merupakan seorang Agency Supervisor di Cimb Wealth Advisors. Namun, apa yang lebih mengagumkan lagi, dia juga merupakan seorang Perunding Motivasi (termasuk juga di luar negara) bagi memberikan inspirasi kepada orang ramai!

Walaupun dia pernah gagal 3 kali dalam perniagaan, namun tu semua bukan penghalang baginya untuk meneruskan perniagaan yang lain walaupun pada mulanya dia tak dapat 100% sokongan dari keluarga (sebab risau akan gagal lagi). Kalau korang nak tahu, perniagaan karpet ni merupakan perniagaan ke-4nya yang berjaya sehingga sekarang.

2. Prof Dr. Ismail Salleh, pakar ekonomi OKU yang pertama

Prof Dr Ismail Salleh merupakan seorang yang cacat penglihatan sejak dilahirkan. Tapi yang menariknya, walaupun dilahirkan buta, dia berjaya menjadi Senator Pakar Ekonomi OKU pertama di Malaysia. Bukan tu je, dia jugak merupakan seorang pensyarah (Naib Kaunselor) di Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT).

Menurut akhbar Utusan, nama Prof Dr Ismail Salleh ni telah tercatat di Guinness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan yang pertama peroleh ijazah kedoktoran. Dia jugak menjadi Pengerusi East Asia, International Council for the Education of the People With Visual Impairment (ICEVI).

Dalam bidang ekonomi pula, dia telah memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Institut kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Timbalan Pengarah Eksekutif Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi, Pusat Perniagaan Malaysia serta Ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara II (MAPEN II).

3. Tuah Atan, peguam OKU yang mempunyai dua firma guaman

Walaupun dilahirkan tanpa kedua-dua kaki (dari paras lutut) dan cacat tangan kiri (dari paras siku), namun semua tu bukan penghalang bagi Tuah Atan untuk menjadi seorang peguam dan mempunyai dua firma guamannya sendiri. Selain tu, dia juga merupakan seorang pakar motivasi.

Dia yang merupakan bekas graduan Universiti Malaya dalam bidang undang-undang ni telah berjaya menggubal akta OKU kat Malaysia bagi memartabat dan memperkasakan golongan yang senasib dengannya. 

4. Zhariff Affandi, pemilik Syarikat The Zhariff Initiative (TZI) Sdn Bhd

Zhariff Affandi yang dilahir tanpa kedua-dua belah tangan ni telah menerima Anugerah Belia Perdana 2011 dan merupakan pemilik Syarikat The Zhariff Initiative (TZI) Sdn Bhd. Peranan Zhariff Initiative bertujuan memupuk dan membangunkan nilai-nilai sosial yang bertanggungjawab untuk agensi korporat, kerajaan, institusi akademik dan pertubuhan lain.

Dia yang berkelulusan luar negara (perkembangan psikologi dari Universiti Graffith, Australia) serta sarjana muda sastera dalam jurusan sosiologi ni bertekad untuk membuka syarikat sendiri setelah beberapa kali gagal dalam menempatkan diri berkerja di syarikat tempatan.

5.Ruzimi Mohamed, pemilik Syarikat Imi Creative Solution Sdn. Bhd

Tanpa memiliki sepasang kaki dan tangan kiri, Ruzimi mampu cipta sejarah tersendiri dimana dia berjaya mencipta motosikal roda tiga berkuasa bateri yang dinamakan Imi Creative Car (ICC) bagi kegunaan OKU dan warga emas.

Dia merupakan pemilik Syarikat Imi Creative Solution Sdn. Bhd yang menyediakan perniagaan pembangunan laman web, kursus motivasi dan teknologi maklumat. Dia juga merupakan seorang motivator sambilan. 

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan

Kecacatan bukan penghalang untuk individu berjaya dan kejayaan adalah milik semua. Semoga pencapaian mereka ni menjadi inspirasi buat kita semua agar terus berusaha memajukan diri. Jika mereka yang tak sempurna fizikalnya mampu buat yang terbaik sehingga berjaya, kenapa kita tidak? Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 25/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja