Taktik Licik Terbaru Mencuri Beg Di Sunway Pyramid
# Trending Semasa

Taktik Licik Terbaru Mencuri Beg Di Sunway Pyramid

post by Aisya

by Aisya

Feb 4, 2018
pada 2:28 AM

Berkunjung ke pusat beli-belah menjadi antara rutin sebilangan besar masyarakat Malaysia. Namun, dalam keseronokan tu, lelaki ni terpaksa berputih mata apabila dia kehilangan wang,komputer riba serta beberapa benda penting dalam sekelip mata je. 

Mangsa, Daniel Muk mendakwa insiden tersebut berlaku di dalam tandas Sunway Pyramid Mall. Kejadian berlaku pada Jumaat lepas, kira-kira jam 5 petang ketika dia berseorangan. Pada mulanya, mangsa pergi ke Pengurup Wang Berlesen kat LG2 mall tu untuk buat pertukaran wang memandangkan dia nak pergi bercuti tak lama lagi.

Lepas tu, semasa dia sedang berjalan tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang pelik telah tertumpah di bahagian belakang badannya. Ia seakan-akan krim berwarna putih dan melekat di bahagian baju, seluar serta begnya. Jadi, mangsa pun terus ke tandas berdekatan untuk membersihkan dirinya. 

Masa kat dalam tandas tu, mangsa telah letakkan begnya di tepi singki untuk membersihkan dirinya dengan menggunakan tisu. Masa tengah sibuk-sibuk bersihkan diri tu, tiba-tiba datang seorang lelaki warga asing menghampirinya untuk menghulurkan bantuan. Walaupun mangsa telah menolaknya, tapi warga asing tu tetap berdegil nak membantunya untuk lap krim tersebut. Masa dorang tengah leka membersihkan diri, ada dua orang lelaki turut masuk ke dalam tandas tersebut.

"Saya yakin ni adalah taktik untuk mengalih perhatian saya dan memberi ruang untuk rakan-rakannya mengambil beg saya."- Daniel Muk

Tanpa disedari, beg yang diletakkan bersebelahan dengan sinki tu tiba-tiba je dah takde ditempatnya. Menurut mangsa, dia percaya yang begnya itu telah diambil oleh dua orang lelaki tersebut semasa dia sedang leka membersihkan diri.

"Saya memang nampak salah seorang dari mereka memeluk beg saya." - Daniel Muk

Tanpa membuang masa, mangsa pun terus keluar tandas dan mengejar lelaki tersebut, namun gagal. Lalu mangsa pun masuk semula ke tandas untuk mencari warga asing yang kononnya nak bantu dia pada mulanya tu pun dah tiada! Mangsa terus membuat laporan polis dan memaklumkannya pada pihak pengawal. Tapi sayangnya tiada CCTV berhampiran tandas tersebut. 

"Saya post benda ni sebab nak semua orang berhati-hati pada setiap masa kerana kejadian  seperti ni boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana dengan sekelip mata.'' - Daniel Muk.

Moga kisah Daniel Muk ni dapat memberi pengajaran dan peringatan untuk kita semua. Hati-hati guys!