Cara Mohon Kerja Melalui Email Sekali Dengan Template!
# Pengetahuan Pekerja

Cara Mohon Kerja Melalui Email Sekali Dengan Template!

post by Aisya

by Aisya

Feb 12, 2025
pada 3:54 PM

Cara Mohon Kerja Melalui Email Sekali Dengan Template!

Adakah korang sedang mencari pekerjaan dan ingin memohon melalui email? Dalam era digital ini, kebanyakan syarikat menerima permohonan kerja secara dalam talian, termasuk melalui email. Oleh itu, penting untuk mengetahui cara yang betul untuk menghantar email permohonan kerja agar majikan lebih tertarik dengan permohonan korang.

Kenapa Perlu Mohon Kerja Melalui Email?

  • Mudah & Cepat: Hanya dengan beberapa klik, korang boleh menghantar permohonan ke syarikat yang diingini.
  • Profesional: Email membolehkan korang berkomunikasi secara formal dan tersusun dengan bakal majikan.
  • Menjimatkan Kos: Tidak perlu mencetak resume atau surat permohonan kerja, semuanya boleh dilakukan secara digital.

Cara Mohon Kerja Melalui Email

1. Gunakan Alamat Email Profesional

Elakkan menggunakan alamat email yang tidak sesuai seperti coolguy123@gmail.com. Sebaiknya, gunakan email yang mengandungi nama korang, seperti ahmad.nor@example.com.

2. Tulis Subjek Email Yang Jelas dan Padat

  • Contoh subjek: Permohonan Jawatan Eksekutif Pemasaran - Ahmad Nor
  • Ini membantu majikan mengenal pasti permohonan korang dengan lebih mudah.

Tulis Kandungan Email Dengan Struktur Yang Betul

  • Mulakan dengan memberi salam secara profesional.
  • Perkenalkan diri secara ringkas.
  • Nyatakan tujuan email dengan jelas.
  • Nyatakan lampiran dokumen seperti resume dan sijil berkaitan.
  • Akhiri email dengan ucapan terima kasih dan harapan untuk mendapat maklum balas.

Cara Menulis Email Permohonan Kerja Yang Profesional

  • Gunakan bahasa yang formal dan sopan.
  • Pastikan ayat ringkas, jelas dan tidak berbelit-belit.
  • Semak tatabahasa dan ejaan sebelum menghantar.
  • Elakkan penggunaan emoji atau singkatan yang tidak rasmi.

Contoh Email Mohon Kerja Yang Terbaik

Contoh Email Mohon Kerja

Cara Minta Kerja Melalui Email Dengan Ringkas

Zaman sekarang kebanyakkan majikan akan membuat pemilihan awal mencari pekerja baru adalah melalui email. Jadi, adalah penting untuk korang mengetahui cara yang betul bagaimana untuk menghantar dan mohon kerja melalui email.

Berikut adalah perkara yang penting yang harus korang ambil perhatian semasa membuat permohonan melalui email:

Guna alamat email yang profesional

Cara Minta Kerja Melalui Email

Pastikan korang tak menggunakan alamat email yang kelihatan tidak profesional macam contoh kat atas ni, dia guna nama remp-it. Korang rasa ada ke company yang nak ambil staff dari golongan rempit ni? Contoh lain ialah akujejakagadis-gadis@yahoo.com. Motif? 

Jadi pastikan korang tukar kepada nama sendiri agar lebih profesional contohnya AhmadZahid@gmail.com.

Subject Macam Ini!

Cara Minta Kerja Melalui Email

Subject pastikan tepat dan padat. Jangan membiarkannya kosong. Contoh subject yang baik ialah "Permohonan kerja untuk (nama jawatan yang dipohon)". Ini kerana syarikat menerima beratus email dalam sehari. Jadi dengan menulis tujuan email, korang membantu majikan mengetahui tujuan e-mail tersebut dihantar kepada mereka.

Format Resume dan lain-lain dokumen

Pastikan korang menggunakan format PDF dalam semua dokumen yang di berikan kecuali kalau telah diberitahu oleh majikan untuk menggunakan format-format tertentu. Namakan semua dokumen yang dihantar dengan seragam contohnya AhmadSulaimanResume.pdf, AhmadSulaimanSijil.pdf dan lain-lain.

Elak Kesalahan Ejaan

Pastikan korang membaca sekali lagi apa yang dah ditulis. Periksa segala ejaan dan pastikan semua dokumen dalam keadaan yang baik sebelum menghantarkan permohonan korang tu.

Body Message

Apabila korang membuat permohonan melalui email, korang boleh terus menulis cover letter dibahagian body email.

Cara Minta Kerja Melalui Email

Apa Yang Perlu Dilampirkan Dalam Email Mohon Kerja?

  • Resume atau CV yang kemas dan terkini.
  • Surat permohonan kerja (jika diminta oleh syarikat).
  • Sijil akademik dan dokumen sokongan berkaitan.
  • Portfolio kerja (jika berkaitan, contoh untuk pereka grafik atau penulis).

Kesalahan Biasa Dalam Menghantar Email Permohonan Kerja

  • Menggunakan subjek email yang tidak jelas atau kosong.
  • Kandungan email terlalu ringkas atau tidak profesional.
  • Menghantar email tanpa sebarang lampiran.
  • Tidak menyemak ejaan dan tatabahasa sebelum menghantar.

Tip Untuk Pastikan Email Permohonan Dibaca Majikan

  • Hantar email pada waktu kerja (8 pagi - 5 petang) untuk peluang lebih tinggi dibaca.
  • Pastikan subjek email menarik dan jelas.
  • Gunakan bahasa yang sopan dan profesional.
  • Semak nama penerima dan pastikan tiada kesalahan dalam maklumat syarikat.

Berapa Lama Perlu Tunggu Jawapan Selepas Mohon Kerja?

  • Biasanya, majikan mengambil masa 1 hingga 2 minggu untuk memberikan maklum balas.
  • Jika tidak menerima jawapan selepas tempoh tersebut, korang boleh menghantar email susulan.

Tindakan Susulan Selepas Menghantar Email Permohonan Kerja

  • Hantar email susulan secara profesional jika tiada respon dalam tempoh 1-2 minggu.
  • Gunakan nada yang sopan seperti: "Saya ingin mengetahui status permohonan saya bagi jawatan ...".
  • Jangan terlalu kerap menghantar susulan untuk mengelakkan kelihatan terdesak.

Kesimpulan

Mohon kerja melalui email adalah cara yang mudah dan praktikal jika dilakukan dengan betul. Pastikan korang menulis email yang profesional, menyertakan dokumen yang diperlukan, serta menggunakan format yang sesuai. Dengan mengikuti panduan ini, peluang korang untuk menarik perhatian majikan dan dipanggil temu duga akan menjadi lebih tinggi.

Kalau korang nak cari kerja cara lagi mudah boleh la drop resume di portal Maukerja. Dengan hanya 1 resume sahaja korang dah boleh cari kerja dengan cara cepat. 

Drop resume


FAQ (Soalan Lazim)

1. Adakah perlu memasukkan tandatangan digital dalam email permohonan kerja?

Tidak wajib, tetapi ia boleh menambah profesionalisme kepada email anda.

2. Perlukah saya menghantar email susulan jika tidak mendapat jawapan?

Ya, selepas 1-2 minggu, anda boleh menghantar email susulan secara profesional.

3. Adakah saya perlu mengubah suai email permohonan bagi setiap syarikat?

Ya, elakkan menghantar email yang sama kepada setiap syarikat. Sesuaikan kandungan mengikut jawatan dan syarikat yang dipohon.

4. Adakah perlu meletakkan gambar dalam resume yang dihantar melalui email?

Ia bergantung kepada industri dan kehendak majikan. Jika tidak dinyatakan, lebih baik menyertakan gambar yang profesional.

5. Apakah kesalahan paling biasa dalam menghantar email permohonan kerja?

Kesalahan yang biasa berlaku ialah subjek email tidak jelas, kandungan terlalu ringkas, kesilapan tatabahasa, serta lupa menyertakan lampiran.