12 Rahsia Kejayaan Bisnes Mereka Ini Yang Korang Boleh Pelajari
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

12 Rahsia Kejayaan Bisnes Mereka Ini Yang Korang Boleh Pelajari

post by Aisya

by Aisya

Mar 16, 2022
pada 10:11 AM

12 Rahsia Kejayaan Bisnes Mereka Ini Yang Korang Boleh Pelajari

Jika dilihat hampir seluruh pelusuk perniagaan di dunia dimonopoli oleh masyarakat Cina. Malah dalam senarai Top 10 terkaya kat Malaysia pun kebanyakkannya adalah dari kaum Cina. Lambakan produk-produk di pasaran juga kebanyakkannya datang dari negara Tembok Besar itu termasuklah barang-barang keperluan rumah, tekstil dan pakaian, serta peralatan-peralatan IT terkini. Dorang mampu menjadikan sesuatu perniagaan yang bermula hanya dengan kecil-kecilan menjadi lebih maju dan luas. Pendek kata, keistimewaan dorang ini adalah daripada aspek strategi dorang menjalankan perniagaan tersebut.

Jadi kali ni, kitorang cuba membongkar rahsia kejayaan orang Cina yang boleh dipelajari oleh para  usahawan.

1.Berniaga adalah satu kemahiran dan boleh dipelajari

Berbisnes bagi orang Cina adalah bukan satu kebolehan semulajadi.  Tapi dorang sentiasa berlajar untuk berbisnes. 

Jadi kalau korang tak tahu nak berbisnes pun takpe asalkan korang jenis yang rajin untuk meneroka selok belok bisnes dan korang akan menjadi orang yang berjaya dalam perniagaan yang diceburi. 

2. Dorang suka berhijrah

Dorang ni fleksibel, mudah berubah dan menyesuaikan diri dengan apa saja keadaan. Dorang boleh hidup cari makan walau di mana saja berada.

Kepercayaan orang Cina, orang yang berniaga yang sentiasa berhijrah tidak akan dipandang rendah. Malah dunia niaga menjanjikan kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan.

3. Tak kedekut dalam bisnes

Untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam perniagaan dan bisnes,dorang tak kedekut untuk mengeluarkan perbelanjaan asalkan dapat menarik dan meyakinkan hati pelanggan.

Bagi dorang, pelanggan yang akan membantu dorang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan. Antara petua yang dorang selalu amalkan dalam perniagaan adalah ‘menjadi peniaga yang mudah dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet.’

4. Jangan fikirkan untung di awal bisnes

Dalam falsafah perniagaan orang Cina, peniaga tak boleh mengharapkan keuntungan sebaik sahaja memulakan perniagaannya. Keuntungan yang bakal diperolehi bergantung kepada berapa banyak pelaburan yang sudah dilakukan.  Peniaga tulen tidak takut pada persaingan dan kerugian.

5. Siapa cepat dia dapat

Dorang menekankan kepentingan ‘siapa cepat dia dapat”. Orang kalah kerana dia lambat bertindak.

Walau bagaimanapun, konsep perniagaan bagi orang Cina, dorang tak suka ‘makan’ sorang kerana bagi dorang, tidak ada peniaga yang boleh hidup seorang diri. Dorang perlu bergantung antara satu sama lain.

6. Gunakan prinsip simbiosis

Konsep perniagaan dorang adalah berasaskan prinsip simbiosis iaitu sebagai peniaga, dorang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Contoh, sekiranya ada peniaga yang menjual barangan runcit, maka peniaga yang lain akan menjual barangan basah seperti ikan, daging dan ayam serta barangan keperluan yang lain.

Dorang turut bijak mengambil peluang dengan membuka restoran di kawasan tersebut dan akan mendapatkan barang-barang keperluan untuk memasak daripada kedai-kedai yang telah sedia ada di sekitar kawasan tersebut.

Secara tak langsung, peluang yang dorang ambil ini akan menjadikan perniagaan di kawasan tersebut berkembang kerana adanya sokongan yang kuat dalam kalangan peniaga di kawasan tersebut. Apabila hal ni terjadi, perniagaan masing-masing akan lebih mudah berkembang dan tidak mudah untuk gulung tikar.

7. Urusan peribadi dan bisnes tak boleh campur

Dalam urus niaga, peniaga perlu tahu membezakan urusan peribadi dengan perniagaan.Kedua-duanya tak boleh dicampur-adukkan.  Korang perlu menjadi orang yang rasional dalam membuat keputusan. 

8. Tegas dalam urusan duit

Dornag jenis tegas dalam menguruskan kewangannya. Hasil keuntungan perlu digunakan bagi menjana lebih banyak keuntungan. Wang perlu membuat wang bukannya menimbunkan hutang dan beban.

9. Jangan buang masa

Dorang juga suka bekerja dengan pantas dan tak suka buang masa. Apabila bekerja, dorang akan memberikan sepenuh tumpuan bagi menjayakannya. Lebih laju seseorang bertindak, lebih maju perniagaannya.

Pepatah Cina ada mengatakan, “Jika terlalu berhati-hati akan mati”. Bermakna, untuk berniaga korang perlu mengambil risiko. Peniaga perlu berjiwa besar dan jangan terlalu memikirkan kesan tindak tanduknya. Peniaga perlu percaya dan yakin dengan tindakan serta keputusannya. Keraguan hanya akan menimbulkan perasaan was was. Peniaga yang waswas akan TEWAS.

10. Sentiasa rajin berusaha

Dorang sanggup bangun pada waktu dinihari dan terus bekerja sampai ke malam hari.

Dalam falsafah niaga Cina, tidak ada jalan dan cara mudah hendak menjadi kaya. Orang yang mencari untung jangka masa pendek akhirnya akan kecewa dan lingkup.
Jika perniagaan tidak mendapat sambutan ataupun tidak mendatangkan keuntungan, dorang akan mengkaji dan memperhalusi di manakah kesilapannya, kelemahan serta kekurangannya.

11. Fokus pada satu perniagaan sahaja

Sebelum mengembangkannya kepada bidang perniagaan lain, dorang akan berhempas pulas fokus pada satu perniagaan sahaja. Dengan itu dorang dapat menguasai perniagaan sehingga sukar orang lain hendak menyainginya.

12. Perniagaan merupakan satu seni

Seni berniaga bagi dorang sangat halus dan tak memadai dengan mempelajarinya secara teori. Berniaga perlu praktikal, mampu menguasai kemahiran sebagaimana seni mempertahankan diri.

Dorang akan melebihkan pelanggan dengan menambah nilai ke atas barangan yang dibeli, menyediakan khidmat selepas pembelian.