Penasihat Kewangan Ini Beri Cadangan Berapa Jumlah Minima Perlu Disimpan Untuk Beli Rumah
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Penasihat Kewangan Ini Beri Cadangan Berapa Jumlah Minima Perlu Disimpan Untuk Beli Rumah

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 26, 2018
pada 5:05 AM

Setiap daripada kita mempunyai keinginan untuk memiliki rumah sendiri demi keselesaan diri sendiri dan keluarga. Siapa yang taknak ada rumah sendiri. Namun, memandangkan harga rumah yang semakin mahal, ramai yang bergaji kecil rasa mereka tak layak untuk membeli rumah.

Padahal sebenarnya jika kita tahu bagaimana cara yang betul untuk membeli rumah, tak mustahil impian untuk memiliki rumah sendiri boleh dicapai suatu hari nanti. Oleh sebab ramai tak mempunyai ilmu mendalam tentang hal ini, maka ramai yang memilih untuk teruskan menyewa dan tidak berani untuk membeli rumah.

Apakah kriteria yang perlu diambil kira sekiranya seseorang itu ingin membeli rumah? Seorang penasihat kewangan yang dikenali sebagai @faizwahab menerusi akaun Twitternya baru-baru ini berkongsi dengan Maukerja menerusi segmen #MauTips tentang 3 perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah sendiri. 

 

Saya ni layak tak nak beli rumah?
 Untuk gaji bawah RM3,000, anda perlu lebih realistik dengan situasi ekonomi kita sekarang ni.

 

 

1. Beli Rumah Secondhand

Jika kita nak beli rumah tengah KL, lagi-lagi rumah atas tanah, memang obviously kita takkan layak. Tapi korang kena berfikiran kreatif sebab pasaran untuk rumah terbahagi kepada primary dan secondary house. 

Rumah second hand atau rumah sub sale ni kebanyakannya boleh didiami. Tapi bila bercakap tentang rumah second hand ni, ada pula yang concern dengan safety dan sebagainya. Sebab tulah disarankan untuk cari rumah secondhand di kawasan yang okay. Apa-apapun, buatlah homework dan research terlebih dulu.

2. Tengok Kelayakan Gaji

Tengok kelayakan gaji ikut jenis rumah yang dipilih. Kemudian barulah mula planning untuk beli rumah yang mana satu. Untuk saya, saya mengambil tempoh masa 6 bulan untuk buat preparation seperti menyimpan duit untuk tujuan deposit. Selalu ingat, kena ada bayaran sampingan seperti legal fees, stamping duty dan sebagainya. Kenapa tempoh 6 bulan adalah tempoh minimum sebelum nak beli rumah?

Sebab dalam tempoh 6 bulan kena cantikkan profile diri. Kalau korang kerja, pastikan ada payslip 6 bulan, komitemn seperti CCRIS semua cantik. Kalau bank tengok CCRIS tak cantik dalam tempoh 6 bulan, bank akan susah nak bagi loan. Satu lagi, kalau bank nak bagi pun, bank akan bagi dengan interest yang tinggi. Rugilah kat situ. Orang lain bayar interest 4.5, tapi u bayar 5.3. Itu adalah satu kerugian.

3. Estimate % Bayaran Rumah

Berapa % untuk kita estimate untuk kita bayar rumah? Sebenarnya takde % yang tepat. Semuanya bergantung kepada berapa lama korang punya planning. Kalau orang plan nak beli rumah dalam tempoh 3 tahun, diorang kena menyimpan lagi banyaklah berbanding orang yang plan nak beli rumah dalam tempoh lebih lama seperti 5 tahun ke, 7 tahun ke. Bagi saya, minimum korang kena simpan 10% dari gaji untuk beli rumah.