''Dia Cuma 'Blue Tick' Je...''- Dengar Perkongsian Student Yang Ditipu 'Offer' Kerja Lipat Risalah
# Gaya Hidup # Trending Semasa

''Dia Cuma 'Blue Tick' Je...''- Dengar Perkongsian Student Yang Ditipu 'Offer' Kerja Lipat Risalah

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 28, 2018
pada 8:35 AM

Senang betul nak tipu duit orang sekarang ni ye? Paling sedih bila pelajar-pelajar universiti yang bersemangat mahu mencari duit poket lebih pula ditipu bulat-bulat macam tu je. Macam contoh kes ni, walaupun ditipu RM60 tetapi buat pelajar yang tiada pendapatan tetap dan bergantung apa elaun pelajar sepenuhnya memang terasa lah. Nasihat untuk korang di luar sana, kalau nak cari kerja Part Time, jangan sewenang-wenangnya percaya 100% tanpa selidik dulu ya. Jadikan ini sebagai pengajaran.

 

"Nasihat saya jangan mudah terpedaya kerana itu semua hanyalah taktik mereka tarik orang untuk dapatkan duit."

 

"Terjumpa iklan IKLAN PART TIME LIPAT RISALAH DI RUMAH' ganjaran hingga RM500 seminggu dan cuma lipat risalah bla..bla.."

 

"Nama, alamat akan dibekalkan secara percuma nanti.''

 

"Bila barang sampai rupanya hanya ada...''

 

''Saya chat orang tu elok-elok tapi dia cuma 'blue tick' je.''

 

''Jangan percaya sama sekali dengan iklan part time lipat risalah apa semua...''