Pasti Korang Takkan 'Cabut' Dari Syarikat Tu Kalau Dapat 4 Kebajikan Ini Kan?
# Pengetahuan Pekerja

Pasti Korang Takkan 'Cabut' Dari Syarikat Tu Kalau Dapat 4 Kebajikan Ini Kan?

post by Izuan

by Izuan

Feb 28, 2018
pada 8:51 AM

Kerja bukan sekadar kerja, mesti lah nak kena rasa selesa sama seperti di rumah bersama keluarga sebab inilah sumber pencarian kita untuk terus hidup. Sebagai manusia, rasa diri dihargai itu ibarat satu anugerah dalam diri kita termasuklah di tempat kerja, majikan haruslah memainkan peranan penting dalam menjaga 'keluarga' mereka dengan menyediakan kebajikan-kebajikan ini.

Dalam dunia pekerjaan, memang tak adil lah kalau pekerja yang harus jaga hati majikan, hati pekerja juga harus dijaga. Pasti pekerja akan rasa dihargai dan mereka akan kekal setia berkhidmat di perusahaan tersebut.

Jadi, bagi korang yang suka dengan tempat kerja korang sekarang mesti ada dapat kebajikan ini, bagi korang yang kurang senang di tempat kerja sekarang, cuba fikir semula pasti kebajikan ini korang tak dapat kan?

Video

1. Gaji

Memanglah kita bekerja untuk mengasah kemahiran, ingin peningkatan diri ke satu tahap yang lebih tinggi dan berjaya dalam satu bidang. Namun, tunjang utama kita bekerja adalah untuk meraih sumber pendapatan, kalau persekitaran kerja menyeronokkan tapi gaji masih tak naik walaupun dah beberapa tahun berkhidmat disitu pun pasti akan rasa tertekan bukan?

Itu sebablah wujudnya pekerja mencari haluan kerjaya lain lepas beberapa tahun kerja di sesebuah syarikat tersebut. Peningkatan diri tu dah ada, tapi kesetiaan tu yang tak ada.

2. Budaya Syarikat

Berbeza pula dengan budaya syarikat, mungkin boss boleh naikkan gaji dengan mudah, tapi kalau  dikerah sehingga tiada 'work life balance' pada diri staff, pun tiada guna juga. Persekitaran yang toksik, wujudnya politik di tempat kerja, membuatkan pekerja rasa tertekan.

Majikan harus memainkan peranan penting untuk mengenali setiap staff mereka, ambil tahu pasal keadaan mereka, bukan hanya sekadar inginkan prestasi kerja sampai wujudnya 'tikam sesama sendiri' dalam kalangan staff dan enggan mendengar ulasan staff.

3. Ada Pembangunan Kerjaya

Apa guna kalau kerja gaji tinggi tapi tiada sebarang peningkatan kejaya dalam diri, momentum yang statik sehingga boleh menjejaskan prestasi pekerja. Majikan tak boleh mengharapkan kebolehan pekerja itu boleh berkembang mekar dengan sendirinya, ia mestilah disemai dengan benih  ilmu pengetahuan daripada seseorang yang berpengalaman.

Mungkin boss sendiri tiada skill yang kita ada, tapi pekerja juga manusia biasa, harus mendapatkan tunjuk ajar daripada orang berpengalaman, jadi salah satu cara adalah menghantar staff tersebut ke kursus-kursus tertentu.

Ini kerana staff dalam department tersebut lebih memahami selok belok kerja, itulah langkah terbaik untuk menaik taraf staff dan produktiviti kumpulan berbanding dengan tolak mentah-mentah pendapat staff. Ia demi kebaikan prestasi syarikat juga kan?

4. Ekuiti

Layanan sama adil terhadap staff amat penting sekali agar mereka rasa dihargai, majikan memainkan meranan penting untuk personaliti setiap staff mereka. Seperti yang dikatakan dalam #2 tadi, majikan harus ada kemahiran komunikasi yang baik untuk berunding dengan staff mereka.

Hati staff akan lebih senang dan tenang untuk melakukan kerja kerana bersih dari ancaman politik sesama sendiri demi menunjukkan diri siapa yang terbaik di mata majikan. Dengan adanya ekuiti ini, segala kerja dapat dijalankan dengan mudah dan prestasi akan meningkat dengan harmoni.