Sebelum ini, syarat permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Jabatan Perdana Menteri (PPA1M) hanya terbuka kepada penjawat awam daripada semua gred jawatan, penjawat awam yang berpencen dan kontrak.


by Haziqah Muhamad
Sebelum ini, syarat permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Jabatan Perdana Menteri (PPA1M) hanya terbuka kepada penjawat awam daripada semua gred jawatan, penjawat awam yang berpencen dan kontrak.

Namun, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa anak pesara kerajaan kini berpeluang untuk membeli rumah mampu milik di bawah Skim (PPA1M). Katanya, keputusan itu membolehkan golongan anak pesara membeli rumah berharga lingkungan RM150,000 hingga RM300,000 bagi perumahan 'landed' dan berstrata.
PPA1M adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.
Program Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) merupakan satu usaha Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang berkualiti di lokasi yang strategik pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Harga jualan bagi rumah PPA1M adalah di antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit kepada semua anggota perkhidmatan awam yang layak.