Urusan Hospital Kita Mungkin Susah Kalau Tiada 'Guard' Mulia Yang Sanggup Berpanas Ini
# Gaya Hidup

Urusan Hospital Kita Mungkin Susah Kalau Tiada 'Guard' Mulia Yang Sanggup Berpanas Ini

post by Aisya

by Aisya

Mar 4, 2018
pada 3:11 AM

 Tugas sebagai seorang pengawal keselamatan bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan bukan hak kita untuk memperlekehkan pekerjaan orang lain.

Sebagai pengawal keselamatan, kadang-kala bukan sahaja perlu memastikan semua berada dalam keadaan selamat tetapi, perlu juga menjaga tempat meletak kenderaan untuk sesebuah bangunan. Seorang pengguna Facebook, Wan Fazli ada berkongsi pengalamannya dengan seorang pengawal keselamatan yang berdedikasi ketika dia berada di kawasan letak kenderaan di Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA).

Ceritanya bermula apabila Wan Fazli ke hospital untuk hantar isterinya checkup nak bersalin. Tapi disebabkan parking semua dah full, takde kosong so dia pun hanya drop off je isterinya dan dia pun tunggu kat dalam kereta je. 

Menurut Fazli lagi, dekat setengah jam jugak lah dia tunggu kat dalam kereta sebab takde parking. Tapi dalam masa yang sama dia perasan yang ada sorang pengawal keselamatan berbangsa India ni bersungguh-sungguh menjga parking kat situ. Pengawal keselamatan tu benarkan orang parking double park tapi dengan syarat jangan tarik handbreak. 

"Ya, beliau jaga kedudukan kenderaan yang nak parking! Beliau bagi double park, tapi pesan jangan tarik handbrake kepada semua pengguna.
Sampai la beliau panggil aku untuk masuk parking kosong dan bantu aku masuk ke parking yang sempit tu." - Wan Fazli.


"Pukul 2.30pm, aku nak gerak balik ambil peralatan wife nak admit ward, aku nampak beliau masih sibuk tolak kereta orang yang double park!
Tengah panas beb! Sorang2 kat parking yang agak luas tu!" - Wan Fazli.

Punyalah gigih, sampaikan bila Fazli sampai semula ke hospital jam 4:30 petang pun, pengawal keselamatan tu memberinya parking kat tempat yang sama. 

"Aku panggil beliau kat kereta sambil ucap terima kasih dan sedikit sumbangan untuk beliau pergi beli minuman.
Parking ni free, beliau dibayar gaji supaya memastikan kenderaan tidak parking diluar petak atau halang laluan,
tapi parking penuh, beliau sedaya upaya bantu susun kereta sampai padat! Aku pasti, beliau sangat faham betapa
pengguna parking di hospital ni sangat susah untuk dapatkan parking." - Wan Fazli.