''Betul Ke Boleh Rawat Saya?''-Pernah Dihentam Teruk Oleh Pelanggan, Kini Jadi Fisioterapi Berjaya
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

''Betul Ke Boleh Rawat Saya?''-Pernah Dihentam Teruk Oleh Pelanggan, Kini Jadi Fisioterapi Berjaya

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 4, 2018
pada 4:35 AM

''Orang sakit ni bila dia dah sihat, dia akan doakan kita untuk lebih maju...'' 

 

Pernahkah korang terfikir, sebelum seseorang itu berjaya kecapi apa yang berjaya dicapainya kini, ada kisah sukar yang terpaksa ditempuh? Begitulah yang dialami oleh dua pakar fisioterapi ini, Muhamad Saiful Zhafri bin Mohd Shahidan dan Muhammad Nidzam Yatimi bin Mohammad Ramli yang juga merupakan PhysioMobileMY.

Pernah kena reject dengan pelanggan sebab konon tak layak buat kerja sebagai fisioterapi atas faktor terlalu muda, bagaimana mereka yakinkan pelanggan sehingga mereka berjaya seperti hari ini? Apa nasihat yang ingin dikongsikan oleh mereka untuk graduan di luar sana? Ikuti hasil temubual yang dibuat dalam segmen #MauSembang ini dan semoga apa yang ingin disampaikan dapat diterima oleh semua.

 

Pertama sekali, kenapa pilih kerjaya ini?

70% rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas akan mengalami sakit belakang. Sakit belakang akan pulih dalam masa tiga minggu ke tiga bulan. Yang kritikal akan terus terlantar. Kami taknak perkara ni berlaku, jadi kami ambil pendekatan ini untuk memulihkan mereka kembali seperti sedia kala.

Cuba bayangkan, daripada boleh bekerja sehingga terputus pencarian rezeki, kami ambil inisiatif untuk bantu mereka. Bermula dengan tangan kosong tanpa sebarang peralatan, kami pergi dari rumah ke rumah untuk buat rawatan sampai mereka boleh berjalan dan kembali bekerja semula.

 

Apakah matlamat atau target yang ingin dicapai sepanjang menceburkan diri dalam bidang kerjaya ini?

Kami punya matlamat adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Contohnya, kalau dia bekerja 8 jam, 7 jam setengah tu adalah kerja yang solid. Maknanya, bukannya sejam mengelat sebab sakit dan sebagainya. Jadi, kami punya sasaran adalah untuk jadikan rakyat Malaysia lebih maju. 

 

Boleh kongsikan antara cabaran yang pernah dihadapi? Apakah pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang bekerja sebagai pakar fisioterapi ini?

Sepanjang dua tahun membangunkan fisioterapi ini, ia sangat mencabar bagi saya memandangkan tahap kesedaran orang ramai tentang fisioterapi ini sangat rendah. Jadi, cabaran buat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran mereka. 

Kami pernah berada pada sampai tahap, solat di rumah pesakit dan tidak sempat nak makan sebab jadual yang padat ke rumah pesakit. 

 

Pernah tak ada yang ragu-ragu dengan khidmat yang korang berikan ni?

Pada permulaan, kami menerima banyak pandangan yang skeptikal daripada orang ramai memandangkan kami ni masih muda. 

''Betul ke awak ni berkelulusan?''
''Betul ke boleh rawat saya sampai saya boleh berjalan balik?''
''Betul ke boleh rawat saya sampai saya boleh cari nafkah untuk anak-anak, untuk keluarga saya?''

Tapi, kami tak putus asa! Kami anggap itu semua sebagai satu cabaran buat kami. Kami habiskan treatment dan bila berjaya, pesakit-pesakit ini sendiri yang bantu menyebarkan tentang keberkesanan rawatan ini kepada orang lain.

Saya ingat lagi, masa tu kami di office yang kecil, ada seorang pelanggan datang dan tanya, ''Betul ke awak nak rawat saya? Saya sakit belakang ni. Kalau apa-apa jadi kat saya, macam mana?''

Dia hempas pintu office kuat-kuat dan dia terus panggil isteri dia balik. 

Saya masih ingat lagi peristiwa tu sehingga ke harini. Namun, nak taknak kita kena telan juga walaupun pahit. Saya percaya yang kalau nak berjaya tu memang susah. Susahnya kita daripada situlah. Sebab benda yang belum ada, kita adakan untuk membantu. 

Alhamdulillah, kita boleh cakap yang 75% orang yang datang akan datang semula dan bawa sekali orang lain. Itulah yang dikatakan keberkatan yang kita cuba bawa untuk tolong masyarakat kita. 

 

Apakah nasihat korang untuk graduan sekarang tentang pekerjaan / kerjaya?

Dengan keadaan sekarang ni, ambil saja peluang yang ada di depan mata. Sebab selagi kita tak ambil peluang tu, kita takkan tahu yang sebenarnya ada peluang yang lain di dalam peluang tu yang boleh meningkatkan potensi diri kita.

Sentiasa tanam dalam fikiran, kalau kita grad dalam bidang tu, tak semestinya kita kena kerja dalam bidang tu. Apa-apapun, kita kena kenal diri kita dulu, kenal potensi diri kita. Bila kita dapat keluarkan potensi diri kita tu, insyaAllah benda yang kita cari tu akan datang dengan sendirinya. Kalau kita buat sesuatu sebab terpaksa atau bukan atas kehendak diri kita, maka agak tersekatlah perjalanan kerjaya kita. 

Lagi satu, tonjolkan diri dan tunjukkan apa yang kita boleh beri kepada syarikat tersebut. Jangan mengharapkan syarikat untuk beri sesuatu kepada korang, tapi tanya diri kita apa sumbangan yang kita boleh beri kepada syarikat itu. 

Dalam hidup ni, kalau kita nak dapat sesuatu, kita kena memberi dulu barulah kita boleh dapat apa yang kita nak. 

 

Tonton Video Selanjutnya Di Sini