Ramai Tak Tahu 5 Pekerjaan Ni Pernah Wujud Dulu Tapi Lenyap Sebab Kemajuan Teknologi
# Pengetahuan Pekerja

Ramai Tak Tahu 5 Pekerjaan Ni Pernah Wujud Dulu Tapi Lenyap Sebab Kemajuan Teknologi

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 4, 2018
pada 9:50 AM

Kalau dilihat pekerjaan yang ada pada masa kini, kebanyakannya belum ada lagi pada masa dulu. Kebanyakan kerja yang wujud hari ini adalah hasil daripada perubahan masa dan perkembangan teknologi sehingga menyebabkan pekerjaan terdahulu tidak lagi relevan untuk dikekalkan.

Pasti ada dalam kalangan anda yang tidak pernah dengar 5 pekerjaan yang bakal didedahkan ini. Jom kita bongkar pekerjaan tersebut.

 

1. Bowling Alley Pinsetter

Pekerjaan ini adalah di mana pekerja akan menyusun atur pin untuk pelanggan yang bermain bowling. Berbeza seperti sekarang, mesin digunakan untuk menyusun semua pin yang jatuh.

2. Jam Penggera Manusia

Mereka yang melakukan pekerjaan ini digelar sebagai knocker-upper, di mana mereka bertanggungjawab untuk membangunkan orang tertentu pada masa yang telah dijanjikan (sama seperti menggunakan jam loceng). Mereka akan menggunakan kayu untuk mengetuk tingkap dan pintu pelanggan tersebut.

 

3. Penangkap Tikus

Pekerjaan sebagai penangkap tikus diperlukan bagi mengurangkan populasi tikus yang ada di sesebuah negara. Namun, mereka yang bekerja di bahagian ini kebiasaannya terdedah kepada penyakit berjangkit.  

 

4. Penyala Lampu (Lamplighter)

Pada masa dahulu, lampu di tepi jalan memerlukan khidmat lamplighter untuk dinyalakan bagi menerangi jalan. Selepas kewujudan elektrik, khidmat mereka tidak diperlukan lagi. 

 

5. Pemotong ais (Ice Cutter)

Sebelum kewujudan peti ais, khidmat pemotong ais digunakan. Namun, kerja ini dikatakan merbahaya dan berisiko tinggi.