Rumah pertama yang bakal korang beli nanti korang nak buat apa? Maksudnya nak beli dan duduk sendiri atau nak jadikannya investment iaitu beli rumah untuk disewakan?


by Aisya
Rumah pertama yang bakal korang beli nanti korang nak buat apa? Maksudnya nak beli dan duduk sendiri atau nak jadikannya investment iaitu beli rumah untuk disewakan?

Mentaliti orang biasa, rumah pertama untuk dibeli mestilah rumah untuk tinggal sendiri. Kalau korang berfikiran macam ni, memang satu kesilapan kalau nak mengejar financial freedom. Kenapa? Haa sebabnya ialah...
Sebab tu kalau korang ada terbaca kat mana-mana facebook pelabur hartanah, page atau buku pelabur hartanah ni, dorang memang cadangkan korang untuk beli rumah dan sewakannya sebagai investment kerana ianya sangat menguntungkan sebab...

Bila korang beli rumah untuk pelaburan, tak kisah sangat berapa harga rumah tu asalkan menepati pelan pelaburan korang. Kalau boleh biarlah paling murah dengan tempat yang strategik. Tapi kalau beli untuk rumah sendiri, memang nak pilih yang terbaik dan ada kalanya kita sanggup bayar lebih.
Kalau yang menyewa tu, biarlah hidup menyewa 2-3 tahun dulu. Beli rumah untuk pelaburan. Bila dah steady dan ada beberapa telaga duit tu, barulah beli rumah sendiri yang selesa. Mungkin masa tu dah mampu nak beli rumah idaman.