Waris Yang Nak Tuntut Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2018 Bernilai RM1,000, Ikut Prosedur Ini
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Waris Yang Nak Tuntut Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2018 Bernilai RM1,000, Ikut Prosedur Ini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 6, 2018
pada 2:41 AM

Mungkin ada yang tidak tahu bahawasanya waris bagi penerima BR1M yang telah meninggal dunia layak menerima RM1,000 di bawah Skim Khairat Kematian (SKK). Bukan hanya RM1,000, tetapi jumlah bantuan yang akan diterima termasuklah baki BR1M yang belum dituntut.

Waris yang layak dan dibenarkan untuk membuat tuntutan SKK BR1M 2018 mestilah telah didaftarkan oleh penerima di Bahagian D (Maklumat Waris) pada borang BR1M 2018. Mereka mestilah terdiri daripada:

  • Ibu / bapa
  • Pasangan
  • Anak
  • Adik beradik

 

Waris dikehendaki untuk bawa dokumen-dokumen berikut sewaktu ingin buat tuntutan SKK:


i. Sijil Kematian Asal penerima
ii. Kad Pengenalan Asal waris
iii. Dokumen Pertalian antara waris dan penerima mengikut jenis hubungan
seperti berikut:
a) Ibu / Bapa – Sijil Lahir Penerima
b) Pasangan – Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan
c) Anak – Sijil Lahir Waris
d) Adik-Beradik – Sijil Lahir Penerima dan Sijil Lahir Waris 

 

Sekiranya layak, waris akan menerima sebanyak RM1,000. Tuntutan pembayaran SKK ini boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

 

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Skim Khairat Kematian ini, boleh rujuk Q & A di sini. 

 

Sumber Oleh: Laman Web ebr1m