Foto & Video Insiden Berlaku Dalam Membaik Pulih Bekalan Air Selangor Sampai Pekerja Syabas Cedera
# Trending Semasa

Foto & Video Insiden Berlaku Dalam Membaik Pulih Bekalan Air Selangor Sampai Pekerja Syabas Cedera

post by Izuan

by Izuan

Mar 6, 2018
pada 5:03 AM

Penduduk di Selangor sudah sedia maklum mengenai gangguan bekalan air sehingga Jumaat ini, Berikutan itu, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan mengaktifkan sembilan lokasi Pusat Khidmat  Setempat (PKS) berikutan gangguanbekalan air berjadual yang dijangka berlaku di sekitar Lembah Klang.

Menurut sumber, antara kawasan yang terlibat adalah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat. Rentetan dengan gangguan yang berlarutan itu, pasti akan menimbulkan keresahan orang ramai kerana jumlah isi padu air yang agak terhad telah membataskan rutin harian penduduk.

Senarai Lokasi Untuk Bantuan Air Syabas

Petaling: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (07/03/2018)

Klang/Shah Alam: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 pagi (09/03/2018)

Gombak: 8 pagi (06/03/2018) hingga 12 tengah malam (08/03/2018)

Kuala Lumpur: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (08/03/2018)

Kuala Langat: 8 pagi (06/03/2018) hingga 3 petang (07/03/2018)

Hulu Selangor: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (07/03/2018)

Sembilan lokasi PKS yang diaktifkan sepanjang gangguan bekalan air:

1. Dewan MBSA Seksyen 27, Jalan Sungai Gapis 27/71, Seksyen 27 Shah Alam

2. Pekarangan Masjid Sultan Abd Aziz, Persiaran Masjid Sultan, Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah

3. Surau Al-Hidayah, Jalan Nagasari 36/9, Desa Latania Seksyen 36, Shah Alam

4.USJ 4/5, USJ 4, Subang Jaya

5. Jalan 23, Taman Bukit Kuchai, Jalan Puchong

6.Jalan SS 19/2, Subang Jaya

7. KFC AEON Big Ampang

8. Jalan 23/56, AU3 Keramat

9. Berhampiran Rapid KL (LRT Taman Dagang), Jalan Dagang 1, Taman Dagang 

Ramai yang terima bahkan mengeluh dengan gangguan ini terutamanya di media sosial. Sehubungan dengan itu, Azman Mohd Anorwar kongsikan video pembaikan loji yang menjadi penyebab gangguan bekalan ini berlarutan. Menerusi Harian Metro, ada yang sampai cedera kerana  sistem mampatan udara di loji itu pecah.

"Bukan sengaja takde air.. tak habis habis hentam... mereka ni bertungkus lumus siang malam nak perbaiki loji ni demi kemudahan rakyat selangor. Semoga semuanya berjalan lancar"

Video

Menurut Syabas, susulan daripada insiden yang tidak dijangka ini, masa pemulihan bekalan akan tersasar dari jadual asal.