Tarikh Kemasukan Wang KADS1M Sudah Diumumkan, Semak Di Bank Rakyat
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Tarikh Kemasukan Wang KADS1M Sudah Diumumkan, Semak Di Bank Rakyat

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 7, 2018
pada 4:10 AM

Kalau tempoh hari BR1M 2018, kali ini ada berita baik yang pastinya ditunggu-tunggu oleh pelajar universiti yang menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT). 

Semalam, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan yang BPPT akan dikreditkan melalui Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) pada 15 Mac ini.

Peruntukan ini selaras dengan Bajet 2018 di mana ia bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup yang dialami oleh pelajar-pelajar pengajian tinggi.

 

Bagi pelajar yang telah menerima KADS1M tahun lepas, korang tak perlu buat permohonan baru sebab BPPT akan terus dikreditkan kepada korang secara automatik. 

Berbeza dengan tahun lalu, KADS1M kini boleh diambil di mana-mana cawangan Bank Rakyat. Ini akan lebih memudahkan lagi urusan.

 

Untuk membuat semakan tentang status kelayakan atau sebarang maklumat terkini,

korang boleh terus rujuk laman web KADSISWA di sini.

 

Sumber Oleh: Berita Harian