Percaya Atau Tidak, Ini 5 Pekerjaan Yang Boleh Buatkan Korang Jadi Gemuk!
# Jenis Pekerjaan # Trending Semasa

Percaya Atau Tidak, Ini 5 Pekerjaan Yang Boleh Buatkan Korang Jadi Gemuk!

post by Nazatul

by Nazatul

Mar 10, 2018
pada 7:43 AM

Tekanan luar biasa akan memberikan kesan yang buruk kepada badan kerana secara automatiknya badan korang akan menghasilkan hormon yang dikenali sebagai 'kortisol'

Apa tu 'kortisol'? Kortisol ini merupakan hormon yang membuatkan korang asyik nak makan je, Bila stress je nak makan, bila tak ada idea je makan. Target sales menurun je nak makan. Betul tak? 

Haaa, ini senarai 5 pekerjaan yang boleh buat korang gemuk:

1. Pegawai IT

Bagi korang yang bekerja dalam bidang teknologi, memang laa kerja korang menghadap teknologi je dan tak bergerak ke mana-mana. Kerja ini pula bukan biasa-biasa je tapi sangat stress! Banyak kena berfikir. 

Korang juga sering bekerja hingga lewat malam dan membuatkan korang akan mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

2. Pengawai Pemasaran Dan Perhubungan Awam

Pekerjaan ini dikatakan tidak terlalu banyak tekanan tetapi perlu menghadiri pelbagai jenis majlis yang mempunyai ‘makan-makan’. Diberi makanan, takkan nak tolak pulak kan?

Jadual kerja pula tak tetap dan ada masanya event yang dihadiri habis lewat malam dan keesokkan harinya kena bangun awal. Fuhh, penat tu!

Bila hari-hari macam ni mestilah korang stress kan, makan pun tak menentu dan akhirnya berat badan naik.

3. Agen Pelancongan

Korang mesti tak percaya pekerjaan agen pelancongan ni boleh buat gemuk. Sebab apa? Sebab memberi tekanan kerana banyak benda nak dikaji dan disemak. 

Nampak je kerja n simple dan menyeronokkan tetapi hakikatnya kerja ini sangat memberi tekanan untuk mencapai sasaran jualan yang perlu dicapai. Jika tidak, boss mestilah marah kan.

Bila da stress dan hormon kortisol meningkat, selera makan pun semakin tinggi.

4. Penguam

Kerjaya sebagai penguam memang tidak akan lari daripada tekanan. Bila tertekan, buat apa lagi? Makan laaa. Lepas tu gaji penguam ni besar, mesti selalu pergi bercuti dan habiskan masa dengan makan.

Ini akan menyumbang kepada sebab kenapa berat badan mereka bertambah.

5. Guru

Pekerjaan sebagai seorang guru merupakan antara pekerjaan yang sangat stress. Sebab apa? Nak melayan pelbagai kerenah pelajar yang bukannya setakat seorang dua tapi berpuluh pelajar setiap hari!

Bukan tu je, nak siapkan tanda buku atau kertas exam students yang penuh tulisan macam cacing kerawit. Stress tau! 

Last-last berat badan naik.

Memang tidak dinafikan bahawa kebanyakkan guru berbadan berisi kerana mereka banyak menghabiskan masa di meja selain mengajar di hadapan pelajar.