Majikan 'Emo' Ini Kongsi 'Koleksi' Alasan Yang Dibuat Oleh Pekerjanya, Setahun Cuti Sampai 180 Kali!
# Trending Semasa

Majikan 'Emo' Ini Kongsi 'Koleksi' Alasan Yang Dibuat Oleh Pekerjanya, Setahun Cuti Sampai 180 Kali!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 12, 2021
pada 7:52 AM

Majikan 'Emo' Ini Kongsi 'Koleksi' Alasan Yang Dibuat Oleh Pekerjanya, Setahun Cuti Sampai 180 Kali!

Korang pernah tak kenal mana-mana kawan korang yang kaki cuti? Kadang tu dalam seminggu, cuma dua ke tiga hari je kerja. Bila dah banyak kali cuti tu, memang bermacam-macam alasanlah yang diorang bagi, kan? Mula-mula tu bolehlah percaya lagi. Tapi lama-lama, memang nampak tak masuk akal!

Samalah seperti kes yang dikongsikan oleh majikan ini mengenai salah seorang pekerjanya yang sering minta cuti. Mungkin kedengaran biasa, tapi dah kalau 180 kali minta cuti dalam masa setahun, siapa tak bengang!

Disebabkan dah tak tahan sangat, majikan ini post mesej-mesej perbualan antara pekerja tersebut dengan dirinya di media sosial. Tak sangka mesej perbualan itu mendapat perhatian netizen sehingga akhirnya menjadi viral!

 

Mula-mula tak sihat. Lepas tu guna alasan ada test memandu...

 

Lepas tu rumah mak ada open house pulak...

 

Kaki pulak sakit...

 

Haa last-last guna alasan gaduh dengan isteri pulak...

 

Sumber Oleh: ZH Happiness