Kemas Kini Semak Status, Jadual Pembayaran Fasa 2, 3 & Rayuan BR1M 2018 Di Sini!
# Trending Semasa

Kemas Kini Semak Status, Jadual Pembayaran Fasa 2, 3 & Rayuan BR1M 2018 Di Sini!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 11, 2018
pada 9:12 AM

Semua sedia maklum tentang BR1M 2018 yang telah pun mula diagihkan pada 26 Februari 2018 yang lalu. Pengagihan itu telah dilakukan secara berperingkat-peringkat dan dijangka kesemuanya akan terima BR1M masing-masing selewat-lewatnya seminggu daripada tarikh tersebut.

Bagi memudahkan orang ramai untuk menyemak status BR1M masing-masing, selalin melayari laman web, anda boleh menyemak menerusi aplikasi mobile semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). 

Pemohon BR1M kini boleh memuat turun aplikasi tersebut menerusi Play Store untuk platform Android atau App Store untuk platform iOS.

 

Aplikasi mobile ini diperkenalkan bagi  memudahkan urusan pemohon untuk melakukan semakan tanpa perlu menghubungi talian BR1M atau beratur panjang di kaunter-kaunter perkhidmatan BR1M di seluruh negara. Namun, LHDN turut menasihati orang ramai supaya memuat turun aplikasi yang sah dan tulen yang dibangunkan oleh LHDNM saja. Pemohon hanya perlu muat turun aplikasi tersebut dari Play Store dan App Store dengan kata carian “Semakan BR1M” dan mengikut arahan mudah yang akan diberikan.

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai BR1M 2018 seperti berikut, boleh tekan pada link yang disediakan:

>>> Masih Belum Terima BR1M 2018? Beri Masa Seminggu, Rujuk LHDN <<<

>>> Permohonan Rayuan BR1M 2018 Boleh Mula Dibuat Bulan Depan <<<

 

Selain mobile, pemohon juga boleh menyemak status BR1M dengan menghubungi nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia di 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau nombor hotline LHDN di 1-800-88-2716.​