4 Jenis Perangai Bos Ini Antara Punca Kenapa Ramai Pekerja Rimas, 'Annoying' Habis!
# Pengetahuan Pekerja

4 Jenis Perangai Bos Ini Antara Punca Kenapa Ramai Pekerja Rimas, 'Annoying' Habis!

post by Nazatul

by Nazatul

Mar 12, 2018
pada 11:07 AM

Dalam dunia pekerja, majikan yang baik dibezakan dari majikan yang tidak baik melalui cara majikan tersebut menilai dan melayan para pekerja. Mereka juga menilai majikan berdasarkan sumbangan majikan tersebut dalam sesuatu projek bersama atau ‘team work’ yang dilaksanakan di organisasi tersebut.

Setiap boss ni ada karenah dia, tapi admin yakin kebanyakkan mesti rasa 'annoyed' dengan perangai dia kan?

Makin dilayan makin dipijak kepala kita, tapi janganlah sampai pulaukan terus sebab dia yang bayar gaji kita kan? Jadi, kalau korang tak nak kena 'ikat' dengan dia, ada cara nak 'escape' tapi biar elok-elok. Haa, macam mana? rujuk dalam video ni!

 

 

1. Boss Lepas Tangan 

Bagi seorang bos kategori ni, kepakaran mereka adalah forwardkan sahaja emel kepada orang lain sejurus mendapat sebarang memo dan arahan.

Mereka jarang menambah apa2 ayat pada emel tersebut atau sekadar menambah ayat "FYI", "Dipanjangkan", "Untuk tindakan", "For your action", "Sila ambil tindakan" dan "Sila uruskan".

Kerjanya hanya forward emel sahaja tapi gaji dia lebih besar dari korang.

2. Si Gila Kuasa

Dunia pekerjaan kini ramai dihuni oleh individu-individu yang bekerja semata-mata kerana upah gaji, bukan kerana mereka benar-benar sukakan pekerjaan tersebut. Keadaan menjadi lebih teruk apabila golongan sebegini yang dilantik menjadi ketua atau dinaikkan pangkat.

Tidak kira sama ada seorang majikan itu dilantik atau majikan di organisasi sendiri, majikan harus menyediakan diri dengan ilmu yang penting dan bermanfaat dalam bidang kerja masing-masing. Agak memalukan apabila sesuatu perkara atau maklumat penting yang berkaitan dengan kerja atau tugasan tidak diketahui seorang majikan.

3. Bos Cheapstake 

Soal peralatan ofis,  bolehlah terima lagi paham kalau rasa bos tu membazir kalau nak tambah aircond lagi tapi bila rasa panas nak mampus sampai kerja pun susah nak fokus memang tak bolehlah buat kerja jawabnya. Kan?

Apa salahnya kalau request untuk kegunaan ofis je pun. 

4. Korang Milik Aku 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu, 365 Hari Setahun

Meminta pekerja untuk bekerja lebih masa dan memberikan kerja lebih daripada yang mampu dihadapi pekerja akan menyebabkan pekerja tertekan sekaligus hilang rasa hormat terhadap majikan.

Ni pun lagi la tak best. Disuruh staf buat kerja sampai malam. Hujung minggu pun turun juga. Cuti umum ke cuti patah kaki ke, staf tak pergi lunch lagi ke. tak kisah. Yang penting kerja mesti siap. Tak ada rasa kesian.  

Jangan beranganlah nak bersukaria hujung minggu dan public holiday sebab ada jenis bos yang macamni. Nasib kau lah labu!