Antara 5 Calon Yang Perlu Dihadapi Oleh Recruiter Semasa Temuduga, No.5 Tu Mesti Ramai Kan
# Pengetahuan Interview

Antara 5 Calon Yang Perlu Dihadapi Oleh Recruiter Semasa Temuduga, No.5 Tu Mesti Ramai Kan

post by Nazatul

by Nazatul

Mar 15, 2018
pada 8:03 AM

Daripada sudut mata majikan, sebelum seseorang diambil bekerja, kenalah ada temuduga merupakan proses terawal yang telah ditetapkan. Hampir semua jawatan yang ditawarkan memerlukan proses temuduga.  Maka dalam alam pekerjaan seseorang perlu menjalani temuduga sebelum bergelar pekerja.

Kenapa perlu temuduga? Soalan ni biasanya dalam memohon sesuatu jawatan tu kan. Jawapannya mudah je, sebab persaingan dalam pasaran kerja adalah tinggi dan hanya calon terbaik akan dipilih. Betul tak?

Inilah yang akan dihadapi oleh penemuduga apabila korang akan jumpa calon temuduga yang mempunyai pelbagai ragam manusia. Ada yang over confident? Berlatar belakang PRO? Ada yang pandai bercakap? dan banyak lagi!

Sebagai penemuduga, korang mestilah tahu jangkaan individu yang bakal korang jumpa ketika sesi temuduga. Ini juga penting bagi korang supaya korang tidak lah terkejut dengan ragam-ragam yang korang hadapi nanti.

Jadi, ini antara 5 calon-calon yang akan dihadapi oleh penemuduga semasa interview:

1. Calon Yang Berlatar Belakang 'PRO'

Korang pernah tak semasa sesi temuduga, korang akan jumpa calon yang berlatar belakangkan PRO seperti mempunyai pendidikan tinggi dalam kelas pertama, pengalaman kerjaya yang profesional dan bekerja bersama dengan syarikat-syarikat besar sahaja.

Ini juga akan menenggelamkan korang sebagai penemuduga seorang yang yang biasa-biasa je kan. 

2. Calon Yang Buat Persediaan Rapi

Mesti korang rasa inilah calon yang sangat sesuai untuk korang kan, sebab korang rasa dia paling cemerlang. Calon ni juga menggunakan cara komunikasi kelihatan natural dan bukan dibuat-buat, nada yang bersemangat dan lakukan “eye-contact”.

Kalau korang nak tahu individu ni lah akan membuat latihan di setiap soalan jangkaan yang akan dia dapat ketika sesi temuduga nanti.

Yang paling penting, dia akan mengkaji gaji yang "relevant" untuk diminta dengan menyusun beberapa sesi interview bersama pekerja yang bekerja di syarikat tersebut. Wow, memang terbaik calon macam ni!

3. Calon Yang Nekad!

Yang jenis begini sangat bertentangan dengan yang kedua tadi. Calon begini mempunyai satu kelebihan iaitu “pandai bercakap”. Ia tidak memerlukan masa yang terlalu banyak untuk mengkaji, belajar ataupun melakukan perkara yang melecehkan. Bagi mereka, tahu sedikit asas dan yang lainnya goreng je!

Orang yang pandai bercakap ini sangat steady, dia merasakan diri dia seorang yang boleh mengawal segala komunikasi yang berlaku. Jangan korang terikut-ikut pula gaya macam ni!

4. Calon Yang Sesuai Dengan Jawatan Tersebut

Jika korang merasakan korang sudah 90% layak pada jawatan yang ditawarkan, berkemungkinan korang akan menjumpai individu yang korang merasakan dia mempunyai lebih kesempurnaan untuk jawatan berkenaan.

Dia mempunyai pengalaman bekerja seperti yang diharapkan syarikat, mempunyai jawatan yang lepas sama seperti yang sedang dipohon, industri lepas merupakan niche yang sama membolehkan dia mempunyai kelebihan yang sangat tinggi dari segi pengetahuan mengendalikan sesuatu. Ini antara pencabar ketika temuduga yang sangat besar untuk korang.

5. Calon Yang 'Over Confident'!

 

Calon seperti ini dia akan merasakan diri dia hebat dan pada hakikatnya, tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibanggakan. Kesombongan menunjukkan tahap konfiden yang tinggi, tetapi kelemahan yang besar adalah, ia senang untuk dikesan.

Mana-mana syarikat yang sudah kenalpasti sikap begini, dari awal lagi mereka akan reject! Ini merupakan pencabar yang mudah untuk ditewaskan.