Majikan Yang Buatkan Pekerja Tertekan Dan Stress Boleh Dikenakan Tindakan
# Pengetahuan Pekerja

Majikan Yang Buatkan Pekerja Tertekan Dan Stress Boleh Dikenakan Tindakan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 19, 2018
pada 1:06 AM

Ramai di antara kita yang masih tidak sedar kepentingan kesihatan mental di tempat kerja bagi menghasilkan suasana yang selamat, kondusif dan produktif. Kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menunjukkan tekanan perasaan bakal menggantikan penyakit kardiovaskular sebagai faktor penentu utama sama ada seseorang itu masih mampu untuk terus bekerja atau tidak.

Pekerja di Malaysia tidak terkecuali daripada masalah ini kerana Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan lebih kurang 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas, atau 29.2 peratus populasi negara, menghidapi pelbagai masalah mental. 

Dalam satu kenyataan yang diambil dari Sinar Online, kerajaan  akan mengenakan tindakan ke atas majikan yang memberikan tekanan kepada pekerjanya.

 

 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap perkara tersebut, selain menegaskan untuk menjalankan siasatan termasuk mengambil tindakan undang-undang ke atas majikan yang tidak menghargai pekerja mereka.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas majikan yang tidak tahu langsung untuk berterima kasih, apatah lagi mendera pekerja yang selama ini banyak berkhidmat dan memberikan sumbangan kepada majikan mereka," jelas beliau

Menurutnya lagi:

''Kita tidak akan bertolak ansur dalam isu membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerja. Jika ada penamatan kerja disebabkan isu tersebut, perkara ini hendaklah dilaporkan kepada kementerian.''