Pendidikan bukanlah satu kehendak tetapi satu keperluan kepada setiap manusia. Walau bagaimanapun, di kebanyakan tempat kos pendidikan yang tinggi menjerumus setiap pelajar untuk berhutang bagi membayar yuran pendidikan. Bukan sahaja perlu memikirkan soal yuran, malah dorang juga perlu memikirkan perbelanjaan harian sehingga membuatkan pelajar dan keluarga rasa terbeban.



