Jika Majikan Nak Buang Pekerja, Siapa Perlu Dibuang Dulu? Ini Hak Pekerja Yang Wajib Korang Tahu!
# Pengetahuan Pekerja

Jika Majikan Nak Buang Pekerja, Siapa Perlu Dibuang Dulu? Ini Hak Pekerja Yang Wajib Korang Tahu!

post by Aisya

by Aisya

Mar 19, 2018
pada 10:49 AM

Korang selalu stress dengan kerja? Selalu rasa bos banyak sangat berikan tekanan kerja kat korang? Haa korang tahu tak yang sebenarnya majikan korang boleh dikenakan tindakan oleh kerajaan sekiranya mereka memberikan tekanan kepada korang.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap perkara tersebut, selain menegaskan untuk menjalankan siasatan termasuk mengambil tindakan undang-undang ke atas majikan yang tidak menghargai pekerja mereka.

"Kita tidak akan bertolak ansur dalam isu membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerja. Jika ada penamatan kerja disebabkan isu tersebut, perkara
ini hendaklah dilaporkan kepada kementerian." - Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Petikan dari Sinar Harian. 

Beliau turut menambah isu yang membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerja perlulah dilaporkan kepada kementerian, terutamanya jika ianya sehingga melibatkan penamatan perkhidmatan seorang pekerja. Majikan juga tak boleh memaksa pekerja untuk melakukan tugas lebih dari sepatutnya dan di luar bidang.

Hak-hak pekerja 

Kitorang yakin masih ramai lagi pekerja tidak berapa faham mengenai hak-hak pekerja. Kalau korang nak tahu, kita sebagai pekerja mempunyai akta tersendiri  yang telah digubal oleh kerajaan untuk menjaga kepentingan dan melindungi pekerja dari ancaman majikan tau.

Akta ni dikenali sebagai Akta Pekerja 1955 ( Employment Act 1955 ). Antara yang terkandung kat dalam akta ni ialah:

Golongan apakah yang dilindungi di bawah Akta Pekerja 1955

Tak kisah lah korang kerja apa, full time, part time, mahupun pekerja kontrak sekalipun. Gaji kecil atau besar. Undang-undang korang adalah sama dan masih dibawah Akta Pekerja.

Apa yang paling penting ialah, bila korang nak buat aduan mengenai majikan korang tu, korang mesti kena ada bukti yang kukuh.

Hak-hak yang terkandung di bawah Akta Pekerja

Banyak jenis hak yang ada, contohnya macam maksima waktu kerja sehari, jumlah cuti, korang punya gaji, potongan gaji, cuti bersalin, dan banyak lagilah.

Dan setiap satu hak ni masih banyak lagi huraiannya. Contohnya Cuti bersalin, tempoh waktu cuti sebelum bersalin dan selepas bersalin, pengesahan korang bersalin selepas melahirkan anak. Dalam tempoh bersalin jugak korang tidak dibenarkan untuk kerja berat-berat dan macam-macam lagi lah. 

Maksud “Waktu Kerja Sehari”

Biasa nya kenyataan ini terdapat dalam kontrak yang telah korang tandatangan sebelum masuk kerja yang dipersetujui antara korang dengan majikan. Jadi nasihat disini baca betul-betul sebelum korang tandatangan apa-apa kontrak tu.

Kesimpulanya tempoh maksima dalam seminggu adalah kurang dari 48 jam. Tapi ini di atas persetujuan bersama antara majikan dan pekerjalah.

Kerja lebih masa

Waktu kerja melebihi dari yang ditetapkan dalam satu hari (Overtime). Dibawah Akta ini jugak ada akta lain-lain yakni  kadar bayaran kerja lebih masa dan tempoh had kerja lebih masa dalam sebulan ialah tidak boleh lebih 104 jam dalam sebulan. Cara bayar lebih masa pula adalah 1 1/2 sejam dari gaji korang sehari (1 jam) pada hari biasa, hari rehat dan cuti am.

Tempoh waktu gaji

Ini penting juga kerana ini mengenai gaji korang. Jadi tempoh yang telah ditetapkan oleh undang-undang ialah sebulan untuk tempoh gaji.

Kalau dalam kontrak tiada menyatakan tempoh gaji. Ia akan tetap 1 bulan seperti yang telah ditetapkan. Tempoh pembayaran pula tidak boleh lewat selepas 7 hari dari tempoh gaji sebulan. Jika majikan korang nak bayar lewat dari 7 hari tu. Dia kena mempunyai bukti kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia.

Jika majikan melakukan pembuangan kerja. Siapa yang dibuang dulu

Jika tempoh korang bekerja tu, syarikat ada krisis ke, ekonomi atau pemotongan jumpah pekerja berlaku. Pekerja yang harus dibuang dulu ialah pekerja asing. Selepas itu barulah pekerja tempatan. Jadi kalau korang kena buang dulu pandai-pandai lah buat aduan ye. Layanan juga tidak boleh berat sebelah antara pekerja tempatan dan asing. Layanan haruslah sama rata oleh majikan!

Ini hanya sebahagian je dari apa yang terkandung kat dalam akta pekerja. Sebenarnya ada banyak je lagi, korang boleh rujuk kat sini. Korang tak perlu risau ataupun takut kerana korang dilindungi oleh undang-udang. Jadi, jika berlaku perkara seperti ini, kitorang menyarankan korang untuk lakukan laporan dengan segera.