Mungkin kisah-kisah seperti pengantin bersanding tanpa pasangan kedengaran biasa di halwa telinga pembaca di sini. Ada pengantin yang menghilangkan diri di saat-saat akhir, ada yang bertukar fikiran dan sebagainya. Mungkin dah takde jodoh...


by Haziqah Muhamad
Mungkin kisah-kisah seperti pengantin bersanding tanpa pasangan kedengaran biasa di halwa telinga pembaca di sini. Ada pengantin yang menghilangkan diri di saat-saat akhir, ada yang bertukar fikiran dan sebagainya. Mungkin dah takde jodoh...
Namun, kali ini kisah yang ingin dikongsikan ini agak berbeza sedikit. Nama wanita yang dikenali sebagai Badriyah Amirullah ini tiba-tiba menjadi sebutan selepas kisah persandingannya tersebar di media sosial.
"Siapa yang tidak malu jika terpaksa bersanding sendirian tanpa suami tersayang di sisi, namun sebagai menantu pertama, saya perlu mengetepikan semua itu demi keluarga,'' katanya.
Jom ikuti kisah selanjutnya di sini...
"Suami ada berpesan, seandainya dia tidak dapat balik, jadilah pengantin seperti biasa kerana saudara-mara serta rakan sebelah keluarga mentua ramai yang hadir pada hari kenduri berkenaan," katanya.
Rupanya, suami tersayang yang dikenali sebagai Mohamad Syaiful Izwan Mohamad Shah tidak dapat sama-sama bersanding dengan isterinya kerana tidak mendapat pelepasan cuti. Dia baru saja menjalani latihan sebagai anggota Jabatan Bomba dan penyelamat di Terengganu. Latihan tersebut dijangka akan menamatkan latihan pada Julai depan sebelum ditempatkan di balai bomba tertentu.
"Ketika tiba di lokasi majlis, semua tetamu kelihatan tertanya-tanya ke mana pengantin lelaki. Saya gagahkan diri untuk berjalan di depan orang ramai menuju ke meja makan beradab. Ketika itu, hanya Allah yang tahu perasaan saya. Mujur juga pengacara majlis membuat pengumuman Syaiful tidak dapat hadir kerana mengikuti latihan dan tidak mendapat pelepasan.
Apapun, saya bertuah kerana ibu dan bapa mentua sentiasa ada bersama. Tanpa sokongan keluarga mentua, saya tidak mungkin mampu meneruskan hingga majlis tamat," katanya.
Namun, kedua-dua keluarga pasangan ini tidak pernah menyalahkan pihak bomba malah mereka sangat bersyukur kerana Syaiful antara yang bertuah dipilih untuk berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Menurut Penolong Ketua Pengarah (Bahagian Latihan) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohammad Hamdan Wahid, pelepasan cuti tidak diberikan kepada pelatih kecuali untuk kes kecemasan atau kematian ahli keluarga terdekat membabitkan ibu bapa, isteri atau anak.
Pelatih tidak diberikan cuti kerana kehadiran mereka sepanjang tempoh latihan adalah antara kriteria yang akan diberi penilaian, selain disiplin. Semua ketetapan berkenaan adalah mengikut keperluan standard MS ISO 9001: 2015 dan turut tercatat dalam peraturan sedia ada. Jadi, dalam hal ini, apa-apa pelepasan termasuk untuk berkahwin atau bersanding sekali pun tidak akan diberikan.
Sumber Oleh: BH Online