Aplikasi Touch ‘n Go: Tambah Nilai Terus Melalui Handphone!
# Trending Semasa

Aplikasi Touch ‘n Go: Tambah Nilai Terus Melalui Handphone!

post by Aisya

by Aisya

Mar 23, 2018
pada 3:50 AM

Sejak mula diperkenalkan, Touch ‘n Go telah banyak membantu pengguna dalam kehidupan seharian. Bermula dengan perkara paling asas iaitu untuk membayar tol, sehinggalah kepada perkhidmatan awam seperti LRT, KTM, pembayaran parking, makanan, farmasi, kedai buku dan ianya juga turut digunakan untuk memasuki taman tema.

Dan yang terbaru ni, korang semua dah boleh tambah nilai Touch ‘n Go melalui aplikasinya sendiri! Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menghubungkan kad kredit / debit bagi tujuan tambah nilai. Haa mudahkan?

Perkhidmatan tersebut akan diuruskan oleh TNG Digital yang merupakan anak syarikat gabungan Touch ‘n Go dan Alipay.

Melalui aplikasi ni juga, korang boleh membuat pemindahan antara pengguna Touch ‘n Go yang lain, membuat pembayaran bil, membuat tambah-nilai prabayar, membeli tiket wayang, membeli tiket penerbangan dan sebagainya.

Pihak TNG masih belum mengumumkannya secara rasminya. Tetapi memandangkan aplikasi Touch ‘n Go ini telah diterbitkan di Google Play Store dan Apple AppStore, sesiapa sahaja kini boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri hari ini.

Berikut dikongsikan cara tambah nilai e-Wallet Touch ‘n Go tersebut:

  1. Pastikan ada balance dalam wallet Touch n Go. Yang ni boleh reload guna Debit Card, Credit Card, Online Banking atau beli pin no kat merchant.
  2. Transfer amount ke Touch and Go korang dengan enter ref no card korang tu atau pun boleh add card ke dalam favorites list.
  3. Lepas transfer successful, dalam masa 24 jam anda perlu Touch ke ‘mesin’ ni barulah dia update balance card anda. Ini mesin baru, hanya ada 2 sahaja di Malaysia. Masih dalam Testing.
  4. Kalau dalam masa 24 jam korang tidak Touch Card korang ke ‘mesin’ ni, duit yang korang transfer tu akan masuk semula ke e-wallet.