Percutian Bajet: Trick Beli Tiket Flight Murah
# Gaya Hidup

Percutian Bajet: Trick Beli Tiket Flight Murah

post by Aisya

by Aisya

Mar 25, 2018
pada 2:24 AM

Dah jadi trend terutamanya kat anak muda untuk melancong sekurang-kurangnya setahun sekali ke luar atau dalam negara bagi membuka mata dan minda tentang keindahan dan mengenal adat masyarakat sesuatu tempat tu.

Tapi bila keluar negara, aspek pertama yang dikaji ialah harga tiket kapal terbang. Pasti ramai antara korang cuba nak mendapatkan tiket murah kan? Tapi tak tahu macam mana bagaimana caranya. Haa korang tak perlu susah hati lagi sebab kali ni MauKerja nak kongsikan cara dan trick macam mana nak dapatkan tiket flight murah. Moga ianya memberi  manfaat dan dapat merealisasikan impian korang untuk travel! 

1. Beli awal vs last minit

Kalau korang plan nak ke oversea dan nak kumpul duit tu, apa kata korang beli awal tiket flight dalam 6-12 bulan dari tarikh percutian korang tu. Kalau korang nak tahu, kat AirAsia biasanya lebih murah kalau korang beli awal-awal ni. Lagi best bila time promo lah. Memang grab je!

Tapi kalau korang punya percutian tu jenis last minit plan ke apa, korang boleh beli tiket kat Malaysia Airlines, sebab kadang-kadang bila korang beli akhir-akhir sebulan dari tempoh penerbangan tu, tiket dia murah tau. 

2. Kejar harga bukan destinasi 

Ingin merasai pengalaman berada di Jepun? Mengapa perlu memilih Tokyo (RM329) daripada Osaka (RM299)? Hakikatnya setiap destinasi penerbangan mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Jadi, mengapa memilih destinasi yang lebih mahal?

3. Hukum 'bas lompat'

Seperti konsep ‘bas lompat’ yang jauh lebih murah, tiket penerbangan juga mempunyai konsep yang sama. Harganya juga lebih murah. Tapi masa pulak lah. Apa-apa pun bergantung kat bajet korang lah macam mana, sama ada nak mengambil penerbangan terus atau penerbangan yang mempunyai beberapa hentian. Tepuk dada, tanya poket! Haha.

4. Hukum ‘Satu Arah’

Apabila korang menempah tiket, syarikat penerbangan tahu yang korang pasti akan pulang. Jadi pada masa inilah syarikat penerbangan tu nak ’pau’ duit korang!

Jadi, untuk ‘mengelabui mata’ pihak syarikat, korang boleh menempah promosi satu arah dan kemudiannya kita menempah pula tiket penerbangan balik. Hakikatnya memang segala cara ini renyah dan menyusahkan tetapi atas usaha korang ni mungkin dapat menjimatkan kos tiket penerbangan yang sememangnya adalah kos utama dalam setiap perjalanan.

5. Selasa / Tengahari

Flight pada Jumaat malam dan Sabtu malam akan jadi paling mahal. Selasa tengahari sebaliknya, akan lebih menjimatkan poket travel korang. Sebabnya, kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa akan keluarkan harga jualan tiket minggu mereka seawal Selasa tengahari. Terbang untuk flight tengahari juga akan jadi lebih murah dari terbang pada waktu awal pagi dan malam.

6. Jangan tempah tempat duduk 

Teknik ini juga untuk pada yang sanggup. Selagi tempoh penerbangan aku tak lebih dari 3 jam,  aku tak kan tempah tempat duduk dengan bajet airline. Selain Airasia, kebanyakan bajet airline seperti Transavia, Ryanair akan mengenakan cas tambahan untuk pilihan tempat duduk. Nasib aku baik setakat ini, kebanyakan tempat duduk rawak aku dapat adalah window seat. Jarang dapat tempat duduk di bahagian tengah.

7. Buang 'cookies'

Yang ni ramai yang tak tahu. Sila buang cookies kat latop, handphone dan pc korang sekiranya korang nak melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum tu. Sebab melalui cookies ni, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Dan harag tu boleh menaik lagi bila dorang dapat tahu korang keluar masuk laman web tersebut!