Fresh Grad Boleh Dapat Gaji Cecah RM 2,500, Bonus 4x & Diskaun Staff Di Watsons KL & Selangor!
# Jenis Pekerjaan

Fresh Grad Boleh Dapat Gaji Cecah RM 2,500, Bonus 4x & Diskaun Staff Di Watsons KL & Selangor!

post by Izuan

by Izuan

Nov 14, 2019
pada 5:24 PM

Apa yang menariknya kalau kita bekerja di Watson's ni, kami akan dedahkan disini! Tapi sebelum itu ketahui butiran lanjut mengenai pekerjaan yang akan kami tawarkan ini, jawatan yang Watson's sediakan ini khas bagi semua warga Selangor yang sedang giat mencari pekerjaan diwaktu awal-awal tahun ini

Jadi, apa yang Watson's offer kepada warga Selangor & KL ? Ia adalah Supervisor/Assistant Supervisor , Supervisor Trainee & Senior/Customer Assistant! Jom kita lihat apa keperluan dan manfaat yang disediakan bagi kedua-dua jawatan ini.

 

Antara keperluan dan ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang Supervisor/Assistant Supervisor di Watson's ini adalah perlu memiliki sekurang-kurangnya berkelulusan SPM atau Diploma ke atas. Seorang yang berdikari, skill follow-up dan interpersonal yang baik, adaptable dan bersemangat tinggi merupakan keutamaan untuk memohon jawatan ini. Mudah bukan?

 

Jika anda mempunyai pengalaman dalam bidang pemakanan & minuman (F&B) merupakan satu kelebihan, tapi kalau tak ada pun tak kisah. Mohon sahaja, jangan segan silu. Watson's amat mengalu-alukan Watson's kehadiran para graduan muda, pintu dah terbuka luas untuk anda! Jawatan ni memang sesuai dengan sesiapa mempunyai kelulusan Degree! Oh ya, kedua-dua jawatan ini akan menawarkan gaji RM 2500 tau! Gaji dah boleh tahan, lepastu manfaat memang terkedu dibuatnya.

 

Anda Fresh Grad? Atau lepasan sekolah? Jika ya, Jawatan sebagai Customer Assistant / Senior Customer Assistant memang sesuai untuk anda, jika boleh bekerja shift, hujung minggu atau cuti umum, maknanya jawatan yang bergaji dalam lingkungan RM 1,000 hingga RM 1,500 memang sesuai untuk anda!

 

Bonus Sehingga 4 Bulan!

Ya, tak tipu! memang betul ada bonus sehingga 4 bulan. Bukan semua tempat kerja tau ada menawarkan pakej yang macam ni. Agak mustahil kalau kerja-kerja untuk lepasan SPM boleh dapat pakej menarik sebegini. Memang berbaloi kalau jadi ahli keluarga Watson's kan?

 

Kenaikan Gaji Setiap Tahun

Takkanlah kerja dah penat-penat tak dapat sebarang hasil kan? Kat Watson's mesti dapat punya! Dahla bonus melambung, dapat naik gaji lagi, kalau dapat semua tu dalam satu masa. Pasti korang akan rasa diri sangat dihargai.

 

Diskaun Staff

Tak perlu risau untuk beli barang keperluan harian yang harga sekarang makin melambung-lambung mahalnya, pergi je dekat Watson's tu dan ada special price untuk anda! Diskaun staff akan disediakan kepada semua ahli-ahli Watson's. Bestnya!

 

Manfaat Lain :

  • Bayaran OT
  • Cuti Tahunan
  • Manfaat Perubatan
  • Perlindungan Insurans

Sekali lagi kami ulangi, terbuka kepada semua cawangan baru Watson Jadi, orang Klang Valley semua, jom ramai-ramai mohon sementara peluang tu masih ada.