"Bila orang tanya masa kecil nak jadi apa? Saya memang pilih doktor sebagai kerjaya impian. Biasalah semua kanak-kanak dimomokkan dengan kerjaya doktor sebagai satu kerjaya yang paling berjaya. Semestinya keluarga juga bangga jika ada anaknya yang bergelar doktor. Usah di Tanya kepada saya sahaja. Anda juga pasti pernah bercita-cita menjadi doktor ketika kecil bukan? ini yang berlaku kepada saya sehingga dewasa saya target gelaran doktor. Ya, tuhan makbulkan doa saya untuk belajar dalam bidang perubatan. Siapa sangka setahun perjalanan hidup saya berubah secara total. 360 darjah berubah mungkin saya harus lupakan impian kecil saya. Malah sesuatu yang lebih cerah bakal saya tempuhi di hadapan…
"Belajar medik selama setahun tahun di Rusia dibawa tajaan MARA"