Sekiranya seseorang individu itu ingin buka akaun bank di bank tertentu, mereka perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh bank tersebut. Pergi saja di mana-mana cawangan bank berdekatan dan urusan buka akaun bank boleh terus dibuat.

by Haziqah Muhamad

Namun baru-baru ini kecoh di mdia sosial Twitter di mana seorang lelaki yang dikenali sebagai @azraeimuhamad berkongsi pengalaman pekerjanya yang ditipu oleh staf bank. Menurut staf bank tersebut, pekerjanya perlu mengambil insurans terlebih dulu dan kemudian barulah akaun bank boleh dibuka.
Paling tak disangka, rupa-rupanya bukan pekerjanya saja yang sudah 'terkena' tetapi ramai lagi mangsa yang pernah mengalami nasib yang sama.
Bagi yang tak tahu, buka akaun bank dan ambil insurans adalah dua perkara yang berbeza.
Lagi 'mangsa' yang pernah terkena...