Mesin Minuman Soda Restoran Fast Food Tak Bersih? Dan 7 Lagi Rahsia Yang Korang Tak Tahu
# Gaya Hidup

Mesin Minuman Soda Restoran Fast Food Tak Bersih? Dan 7 Lagi Rahsia Yang Korang Tak Tahu

post by Aisya

by Aisya

Mar 27, 2018
pada 2:44 AM

Bila sebut je restoran fast food, daripada budak kecil hinggalah ke orang dewasa memang ramai yang gemar menikmati hidanganna hingga ia tersenarai sebagai makanan kegemaran rakyat Malaysia. 

Kehidupan yang serba moden mendorong lebih ramai orang memilih makanan fast food. Mana tidaknya, kalau perut rasa lapar dan malas nak menunggu di kedai, drive thru fast food kan ada. Mudah bukan?

Walaupun kita sering dimomokkan dengan keburukan-keburukan mengambil makanan segera, masih ramai yang tidak peduli dan tetap memilih untuk terus menikmati segala promosi hebat yang ditawarkan.

So apa kata kali ni kita semak beberapa rahsia yang selama ini mungkin korang tak tahu tentang service yang disediakan oleh restoran fast food: 

1. Peak Hour waktu terbaik ke restoran fast food

Korang tahu tak, waktu yang paling tepat untuk pergi ke restoran fast food adalah semasa ‘peak hour’ (di antara jam 11 pagi – 1 tengah hari dan 6 petang – 8 malam) kerana pada waktu ni, dorang akan sajikan makanan yang segar. 

2. French fries tanpa garam lebih segar

Setiap french fries yang telah digoreng akan dicampur dengan garam dan jika anda meminta fries tanpa garam, mereka terpaksa menyediakannya semula. Jadi tidak timbul isu anda dapat french fries yang sudah lama dimasak dan tidak segar.

3. Bauan dari dapur adalah strategi pemasaran

Pergi saja ke mana-mana restoran fast food, pasti aromanya terhidu hingga ke luar pintu. Hal ini terjadi kerana restoran tersebut ingin memastikan bau-bauan makanan yang enak dihidu oleh orang-orang luar, sekali gus menarik mereka untuk menikmati makanan yang disajikan.

4. Minuman soda lebih murah

Jika korang perasan, minuman soda yang terdapat di restoran-restoran fast food  ni jauh lebih murah daripada minuman berkafein. Ini kerana minuman soda dapat merangsang selera makan.

Jadi,dorang ni mahu orang ramai membeli lebih banyak minuman soda supaya korang akan membeli produk mereka lagi dan lagi.

5. Jangan pergi awal sewaktu restoran dibuka

Memang kalau pada awal pagi orang tak ramai tetapi pada waktu ini, mereka membersihkan peralatan dapur dengan bahan kimia yang kuat dan boleh meninggalkan kesan pada peralatan dapur  yang lain.

6. Lebih berkalori daripada 30 tahun lepas

Kalau dah macam-macam menu lazat yang ditawarkan, pastinya ia lebih berkalori berbanding dulu. Ye dok? 

Sebagai contoh, cheeseburger mengandungi 75 peratus kalori berbanding tahun 1980-an. 20 tahun lalu, kalau french fries adalah dua kali lebih rendah berbanding sekarang dan pizza mempunyai kalori sebanyak 70 peratus. Perghh, ce kornag bayangkan dah berapa banyak kali korang makan fast food ni? Haaa macam mana nak burn lemak tu kalau korang ni jenis malas nak exercise? 

7. Kandungan gula dalam milkshake lebih tiga kali ganda

Keperluan harian  pengambilan gula adalah sekitar 1 hingga 2 oz, sementara satu hidangan milkshake mengandungi sekitar 3 oz gula. Belum lagi makanan manis yang diambil dalam satu hari tu. Cuba bayangkan berapa banyak kandungan gula yang korang dah ambil? Hmmm...

8. Mesin minuman soda tidak bersih

Mesin air di restoran fast food sukar untuk dicuci. Bayangkan berapa banyak bakteria dan kuman yang ada? Persekitaran yang ‘manis’ juga membuatkan bakteria-bakteria ini menjadi lebih aktif untuk hidup di kawasan tersebut tau!

So sekarang ni korang masih ingin teruskan lagi ke? Hmm sama ada ingin terus menikmatinya atau tidak, semuanya terletak di tangan korang. Tepuk dada, tanya selera :)