Jack Ma merupakan salah satu orang yang sangat menginspirasi di dunia. Dengan kemampuannya dan terus belajar menjadi lebih baik dan sentiasa menjadi contoh kepada golongan usahawan.


by Aisya
Jack Ma merupakan salah satu orang yang sangat menginspirasi di dunia. Dengan kemampuannya dan terus belajar menjadi lebih baik dan sentiasa menjadi contoh kepada golongan usahawan.
Jack Ma adalah pengasas dan pengerusi Alibaba.com. Beliau adalah penduduk Cina pertama yang berjaya muncul di cover Majalah Forbes. Beliau turut dinobatkan sebagai orang NO. 1 terkaya di China dan orang ke-17 terkaya di dunia pada 2014.

Dalam satu talkshow di Korea, beliau ada berikan beberapa nasihat untuk anak-anak muda yang bercita-cita menjadi usahawan. Antara nasihatnya ialah:
Sebelum berusia 20 tahun, jadilah murid yang baik. Jika korang memang ingin berbisnes, pelajarilah pengalamannya sebelum korang berusia 30 tahun.
Ikutlah seseorang dan kerjalah dengan seseorang. Umumnya, syarikat besar ni sangat baik untuk korang dalam proses pembelajaran sebab korang ni sebahagian dari mesin besar.
Tapi bila korang bekerja di syarikat kecil, korang akan lebih belajar tentang kesabaran, tentang impian dan korang akan belajar banyak hal dalam sekali gus!

Pada umur sebelum 30 tahun, bukan masalah pada syarikat mana korang pergi, tapi yang penting adalah bos mana yang korang ikut.
Dan ini adalah proses yang paling penting. Bos yang baik akan ajar korang semua benda. Inilah pengalaman yang paling penting! Pelajari secara sedikit-sedikit.
Pada usia 25 tahun? Buatlah berbagai macam kesalahan, jangan risau. Jatuh? Bangun lagi! Jatuh lagi? Bangun lagi! Nikmati saja! Nikmati pertunjukannya! Nikmati perjalanan (hidup). Apapun kesalahan kita itu adalah “sumber pendapatan” yang hebat.
Pada peringkat 30 hingga 40 tahun ni, kornag dah kena fikir tentang diri sendiri. Korang kena bimbang pada diri sendiri jika ingain berbisnes sendiri.

Pada umur ni, korang dah kena lakukan sesuatu yang sesuai dengan kemampuan korang. Dan yang paling penting korang janganlah lompat-lompat kerja ke bidang lain pada usia ini, sebab waktu ni dah tak sesuai, terlalu lewat!
Mungkin korang akan berjaya kerana banyak pengalaman, tapi perlu di ingat, risiko untuk gagal juga terlalu besar. Pada waktu ni, korang kena fikir dan fokuskan pada sesuatu kemahiran. Kemahiran yang korang miliki itu.
Pada peringkat ni, korang dah boleh bekerja untuk anak muda sebab anak muda boleh lakukan yang terbaik dan lebih baik dari korang. Idea dorang lagi diperlukan (fresh). Maka korang kena laburkan sedikit kat anak muda dan terimalah dorang secara terbuka. Senang cita, bila pengalaman tradisional bercampur dengan pengalaman dan idea yang baru ni lebih meletop lah!

Bila korang dah masuki fasa 60 an ni, sebenarnya dah tak sesuai untuk korang bekerja lebih berat. Ini adalah masa untuk korang luangkan masa untuk diri sendiri. Korang boleh bercuti dan rehatkan minda serta diri sendiri. Bercuti bersama keluarga dan sebagainya.