MyKad mempunyai aplikasi yang dapat diakses dengan pantas dan selamat untuk menjalankan pelbagai transaksi elektronik seperti pengesahan identiti, kesihatan, pembayaran, pengaksesan, perniagaan dan servis peruncitan.

by Nazatul
MyKad mempunyai aplikasi yang dapat diakses dengan pantas dan selamat untuk menjalankan pelbagai transaksi elektronik seperti pengesahan identiti, kesihatan, pembayaran, pengaksesan, perniagaan dan servis peruncitan.
Ciri keselamatan termasuklah pengesahan menggunakan kekunci simetri kriptografi, sistem operasi pelbagai lapisan dengan ‘firewall’ serta landasan cip yang selamat. MyKad menggunakan dua jenis teknologi biometrik bagi tujuan pengenalan diri. Biometrik yang digunakan adalah gambar berwarna pemegang kad dan Sijil Digital untuk pengesahan diri.
Kad ni sememangnya sangat penting dan berguna untuk seluruh rakyat Malaysia tau!

Melalui Mykad juga boleh digunakan untuk memperbaharui lesen memandu di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Semua data lesen memandu seperti tarikh luput, jenis lesen dan kategori lesen boleh di semak melalui Mykad. Lepas ni korang senanglah nak berurusan kena bawa MyKad je.

untuk urusan keluar dan masuk di pintu kawalan Imigresen Malaysia sahaja dengan menggunakan laluan “Autogate
Kalau korang nak tahu, Mykad juga boleh memuatkan Sijil Digital dan Kekunci Persendirian di dalam MyKad. Sijil Digital ini membolehkan empat transaksi dilakukan secara elektronik seperti:

Aplikasi ini sudah tersedia di dalam Mykad kita. Korang hanya perlu membuat tambah nilai di mana-mana cawangan tambah nilai atau pada mesin ATM. Kalau terlupa Kad Touch n Go, korang boleh je guna MyKad ni.
Kalau korang nak tahu, urusniaga MEPS Cash membolehkan korang membuat bayaran tunai dalam kadar tidak melebihi RM2,000 dengan aplikasi dompet elektronik yang terkandung di dalam Mykad. Korang boleh membuat tambah nilai e-tunai di kaunter-kaunter tambah nilai MEPS Cash dan juga melalui mesin ATM.
Jika ada logo MEPS Cash korang boleh je bayar menggunakan Mykad. Selagi ada logo selagi tu lah korang boleh berbelanja!
Ada banyak lagi kelebihan MEPS Cash ni, antaranya:

Mykad dilengkapi dengan teknologi cip yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi. Teknologi ini menggunakan pengesahan biometric dan melalui proses enkripsi bagi tujuan perlindungan data yang direkodkan.
Proses capaian yang dilakukan adalah dengan menggunakan kaedah “SAM” iaitu Secure Access Module bagi tujuan jaminan keselamatan ke atas data tersebut daripada sebarang pemalsuan atau pengklonan. Didalam Mykad kita boleh memasukkan maklumat 3 akaun bank berlainan serentak.
Atas dasar itu kerajaan telah menggesa perbankan agar menaik taraf terminal ATM mereka agar Mykad dapat diterima pakai. Pemegang Mykad boleh menjalankan urusniaga di ATM yang mempamerkan logo Mykad antaranya :
Citibank – Talian bantuan 03-23830000
Maybank – Talian Bantuan 1-300-88-66-88
Public Bank – Talian bantuan 1-800-88-3318
Bank Islam – Talian bantuan 03-26989608
Bagi kemudahan jalan keluar masuk ke sesebuah negara tertentu secara berulang-alik. MyKad juga amat penting kerana ia merupakan dokumen perjalan korang, tapi korang kena bawa pasport juga tau sebab korang ke luar negara.
Mykad juga dapat menyimpan maklumat asas kesihatan seperti jenis darah, alahan, organ implan, penyakit kronik dan maklumat waris atau ahli keluarga terdekat.

Korang suka shopping? Korang bukan sahaja mampu membeli belah tapi korang boleh menjadi ahli kepada sesebuah produk, cuma aktifkan MyKad korang dari Affiliate AJ yang terpilih.
Selain tu, korang juga akan mendapat diskaun hanya dengan menunjukkan MyKad korang tanpa perlu lagi memenuhkan dompet korang dengan kad-kad membership yang banyak, cukup sekadar sekeping MyKad yang sentiasa kita bawa. dan pengaktifan MyKad korang adalah PERCUMA!
Melalui 'Program Jom Aktifkan MyKad', korang juga boleh mengumpul mata ganjaran dan membuat penebusan hadiah daripada mata ganjaran terkumpul tau!
Terlebih dahulu, korang perlu aktifkan Mykad ye secara percuma je! Untuk mengaktifkannya boleh rujuk -> "Jom Aktifkan Mykad"