Masih Sama, Tapi Ini 8 Perubahan Info Yang Kena Ubah Dalam Resume
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview # Trending Semasa

Masih Sama, Tapi Ini 8 Perubahan Info Yang Kena Ubah Dalam Resume

post by Izuan

by Izuan

Aug 19, 2021
pada 8:24 AM

Masih Sama, Tapi Ini 8 Perubahan Info Yang Kena Ubah Dalam Resume

Resume ini diibaratkan seperti sebuah platform untuk kita 'branding' kan diri kita kepada majikan, harus ada gambaran yang tepat bagi menampakkan nilai yang ada pada diri kita. Jadi, harus diteliti sebaik-baiknya sebelum menghantarnya kepada majikan bagi membuat permohonan kerja.

Jangan gunakan resume yang sama untuk cari kerja lain, rombakan haruslah dibuat agar majikan tidak memikirkan bahawa korang adalah calon yang masih amatur walaupun sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun.

Disini merupakan resume contoh seorang calon 'mid-level' atau dah berpengalaman yang ingin cuba menukar pekerjaan, dengan berbekalkan resume seperti 'entry-level' permohonannya tidak dilayan.  Namun, setelah Business Insider mendapatkan bantuan khidmat dariapda pakar resume Joe.s untuk rombak semula resume calon ini, resume dia menjadi lebih professional dan lebih menyerlah.

Dibawah ini merupakan beza resume sebelum dan selepas resumenya dirombak. Teliti setiap perincian yang telah diubah.

Sebelum Vs Selepas

 

1. Masukkan Profile LinkedIn

Pasti korang yang dah bekerja ada akaun LinkedIn bukan? Jangan biarkan dia 'bersawang', kemaskini dan letak di dalam resume. Majikan lebih gemar mengenali segalalatar belakang korang melalui Linked berbanding Facebook. Kenapa? Sebab mereka nak tengok adalah korang ni jenis networking.

2. Buang Nama Lorong Alamat Rumah

Tak perlu beritahu alamat secara detail, sebab ia juga bagus bagi keselamatan korang. Malah, ia demi menjaga privasi korang sebagais eorang manusia juga, lebih-lebih lagi kalau korang nak minta kerja yang berdekatan dengan rumah. Tak perlu letak nama jalan, nombor rumah, poskod, nama lorong segala.

3. Pastikan Job Goals Korang Disampaikan Kepada Pembaca Dengan Jelas

Hanya menjelaskan kerja apa dan jenis jawatan yang korang buat tidak mampu memukau majikan, tugasan yag diberikan itu pun hanya satu perkara biasa. Melainkan, kalau korang ubah kepada nama jawatan yang lebih profesional bersertakan 'subhead' mengenai kerja yang dilakukan. Sekaligus, ia menjelaskan sasaran kerja yang diiginkan dan tampil lebih professional

4.  Rumuskan Kerja Dengan Cara Professional

Jangan jelaskan skop kerja korang, majikan memang dah tahu yang korang mahukan sesebuah jawatan tu, mereka sendiri yang letakkan kelayakan yang dimahukan. Jadi, cipta ringkasan profesional  yang merumuskan kelayakan nkorang untuk pembaca.

Selain menonjolkan kemahiran , ringkasan profesional ini menggambarkan pengalaman korang.

5. Wujudkan Bahagian "Area of Expertise" Di Dalam Resume

Jelaskan kemahiran korang secara teknikal di dalam bidang kerja, ia bagi memudahkan majikan untuk nampak karisma korang. COntohnya, Wordpress, SEO, Adobe, dan macam-macam lagi.

6. Buang Pengalaman Internship Di Bahagian "Professional Experience"

memang waktu internship adalah tunjang utama untuk menarik perhatian majikan bagi membuktikan bahawa kita ada pengalaman dan skill. Tapi kena ingat korang bukannya fresh grad lagi, pengalaman bekerja di syarikat lama sudah memadai.

7. Gunakan 'Bullet Point'

Jelaskan secara ringkas sahaja kerja dan rutin harian korang kemudian etakkan dalam bentuk bullet point apa yang korang ambil berat untuk capai sasaran.

8. Hapuskan GPA Dalam Bahagian Pendidikan

GPA tu sebenarnya syarat untuk fresh grad sertai syarikat tersebut, jadi bila dah ada engalaman kerja GPA ini dah tak relevan lagi, mereka mahukan pencapaian korang masa di syarikat lama pula.