4 Konspirasi Pelik Yang Timbul Pasal Video 'Fake' Seram Misteri Kebaya Merah
# Trending Semasa

4 Konspirasi Pelik Yang Timbul Pasal Video 'Fake' Seram Misteri Kebaya Merah

post by Izuan

by Izuan

Nov 20, 2023
pada 7:37 AM

Sejak dari pagi tadi kecoh mengenai video seram munculnya kelibat ratu kebaya merah beberapa kali pada waktu yang sama di laman Facebook, kejadian yang dikatakan berlaku pada sekitar pukul 3.00 pagi itu dikatakan berlaku di Kawasan Kulim Kedah, ada pula yang kata hanya berlaku di Klang. 

Bukan sahaja tempat, kesahihan video tersebut juga menjadi tanda tanya, ada yang kata betul dan ada pula yang kata palsu. Bermacam-macam konspirasi timbul pasal video 'seram' ni, betul atau tidak? Korang nilaikanlah sendiri.

1. Insiden Betul, Sebab Lokasi Tersebut 'Port' Orang Bunuh Diri

 

Red kebaya dah viral dengar cerita, kali ni pukul 3 pagi tadi..lokasi dengar dem klang gate wangsa maju, rumah lama saya pula tu, kes bunuh dri bersepah, memang kawasan tu keras, benda ni tak hilang selagi tak bagi tumpang, tegok part last, seram weiiiii..ownertak bagi tumpang terus dia kacau, radio pun auto tranfer.

2. Hanya Sekadar Promo Filem

Ada juga spekulasi yang mengatakan ia hanyalah sekadar video penggambaran filem yang berjudul ' The Legend Of Pontianak' lakonan Fazura, segelintir orang mendakwa ia adalah Fazura dan beberapa gadis lain kerana netizen terlihat satu pos gambar Faz sedang memakai kebaya merah, seperti dibawah ini.

Apa yang kami perhatikan gambar ini di pos pada 11 Febuari 2018, Video ni pula tanggal 28 Mac 2018, entah lah. Lagipun shooting  filem bukan sehari kan?

3. Hanya Sekadar 'Prank' Untuk Memperbodohkan Netizen

Ada pula yang mengatakan bahawa video tersebut hanya sekadar mahu raihkan perhatian netizen, kononnya ingin memperbodohkan orang-orang kita yang 'mengaku cerdik'. Hmmm, bijak sangat kot yang tukang prank tu.

4. Sebenarnya Mamat Ni! Hahahaha!

Alahaii, lepas satu, satu pula yang jadi, tajam betul mata netizen kita ni, ada sahaja perkara-perkara aneh yang nak buat. Apapun, pasal kesahihan video ni, terpulang kepada korang, kalau rasa ianya betul, betul lah, kalau rasa fake tu maknanya memang betul lah dibuat-buat. 

[UPDATED] 5. Memang Benar-Benar Terjadi, Di Kedah

Menurut keratan akhbar kosmo pernah terjadi satu kemalangan di mana seorang pemandu lori terbabas ketika cuba mengelak daripada melanggar wanita berkebaya merah, kejadian ini berlaku di Kedah. Jadi, nampak macam ada sangkut paut juga lah dengan cerita misteri? Seperti yang digembar gempur kan netizen dimana ianya berlaku di Kedah.