Korang teringin tak bekerja di tempat yang boleh sediakan makanan harian untuk korang? Cuba korang buat kira-kira sikit berapa korang dah spend duit gaji korang untuk perbelanjaan hari saja? Katakan sehari korang habiskan lebih kurang RM30 untuk belanja makan saja. Sebulan korang dah habis nak dekat RM1,000 hanya untuk makan saja! Tu tak termasuk duit minyak, duit tol, duit public transport dan lain-lain. Ish, banyak tu!






