Cuba check balance akaun bank korang bila akhir bulan ni. Cukup lagi ke tak atau duit dah kering kontang?

by Nazatul
Cuba check balance akaun bank korang bila akhir bulan ni. Cukup lagi ke tak atau duit dah kering kontang?
Jangan kata mak anak tiga, yang bujang ni pun dah rasa hazabnya macam mana nak tunggu gaji tu! Seksa weh lagi-lagi duduk bandar KL ni.
Jadi, tak ada la isu gaji cukup-cukup makan kan, kadang-kadang korang terpaksa ikat perut atau minta advance dengan orang lain. Betul tak?
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), gaji merupakan untuk 'hidup' ialah pendapatan minimum yang diperlukan oleh sebuah isi rumah dalam masyarakat, peluang pembangunan peribadi dan keluarga, selain bebas daripada tekanan kewangan yang teruk.
Kira-kira 27% isi rumah di Kuala Lumpur sekarang ni hidup di bawah 'gaji untuk hidup' dan kebanyakkannya adalah daripada lepasan sekolah menengah dengan pekerjaan berkemahiran rendah atau serderhana.
Kuala Lumpur menjadi penanda aras bagi anggaran gaji kehidupan wajar memandang kan ia adalah kawasan kos sara hidup paling tinggi di Malaysia diikuti Johor Bahru dan Pulau Pinang.
.jpg)
“Dengan mengambil kira RM2,700 di Muar atau Kubang Kerian contohnya, pastinya jumlah itu adalah tinggi dan golongan bujang boleh menikmati kehidupan adalah selesa kerana kos sewa rumah juga adalah rendah,” katanya dalam sidang akhbar pembentangan Laporan Tahunan 2017 BNM di sini hari ini

Kalau korang nak tahu, masyarakat sekarang menilai stardard kehidupan minimum adalah lebih daripada sekadar mampu membeli barangan keperluan, malah termasuk penyertaan sosial dan jaminan kewangan tau!
Macam korang la ada duit lebih sikit korang have fun la. Hujung minggu keluar tengok movie, shopping dan boleh juga asingkan duit untuk simpanan.
Sekitar 59.7 peratus penduduk di ibu negara terbeban ekoran peningkatan kos sara hidup, menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).
Bagi korang yang hidup di Kuala Lumpur, BNM menganggarkan seorang dewasa bujang perlu memperoleh RM2,700 sebulan untuk menyewa bilik, makan di luar, memasak sekali sekala dan menggunakan pengangkutan awam.
Korang rasa korang stuju tak?
Gaji untuk hidup adalah lebih tinggi daripada gaji minimum berkanun, ini disebabkan berasaskan kos kehidupan.
"Penemuan ini menekankan kepentingan mewujudkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia yang dilengkapi dengan kecekapan yang diperlukan untuk pekerjaan berpendapatan tinggi".
Berbeza dengan gaji minimum, pelaksanaan gaji kehidupan wajar tidak begitu meluas dan sebahagian besarnya terbatas kepada beberapa negara maju. Kajian empirikal berdasarkan bandar-bandar di Amerika Syarikat (AS) mendapati pembayaran gaji kehidupan wajar memberi manfaat kepada pekerja dan majikan.
Secara dasarnya, gaji kehidupan wajar adalah merujuk kepada pendapatan yang diperlukan oleh isi rumah agar mampu memperoleh taraf hidup minimum yang boleh diterima.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, masuk toilet pun kena charge 50 sen tau, ada lagi ke benda free dekat dunia ni?
Kesan makro ekonomi mungkin berbeza mengikut negara disebabkan oleh perbezaan dari segi ciri pasaran pekerja dan persekitaran ekonomi semasa.
Sebagai contoh, pembayaran gaji kehidupan wajar adalah lebih mudah semasa ekonomi sedang berkembang apabila kurang desakan untuk majikan mengurangkan kos tenaga kerja dan ia hanya akan berkesan sekiranya gaji tersebut ditetapkan pada aras yang realistik dan mapan.
Pengiraan anggaran gaji kehidupan wajar secara teliti amat penting supaya dapat mengimbangi antara memastikan pekerja mampu mencapai taraf hidup minimum dan majikan berupaya membayar gaji yang sepadan dengan produktiviti pekerja.
"Menetapkan kadar gaji kehidupan wajar yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan majikan menyalurkan kos gaji tambahan kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Tetapi, sekiranya gaji kehidupan wajar berjaya dilaksanakan, manfaatnya dapat dinikmati oleh pekerja dan majikan, dengan kesan buruk yang terhad terhadap ekonomi,” katanya.