"Banyak Jimat Masa Belajar" - 17 Cara Bagaimana Alumni Ini Cari Duit Tanpa Bantuan PTPTN
# Gaya Hidup

"Banyak Jimat Masa Belajar" - 17 Cara Bagaimana Alumni Ini Cari Duit Tanpa Bantuan PTPTN

post by Izuan

by Izuan

Mar 28, 2018
pada 8:26 AM

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih, pepatah paling sesuai yang boleh digunakan berdasarkan perjalanan hidup wanita ini ketika masih di pengajian, hanya mengambil bantuan pembiayaan PTPTN untuk sementara waktu sebelum Fathin Imaan mencari sumber pendapatan sendiri sebelum melangkah kealam pekerjaan dalam bidang kejuruteraan.

Kisah liku-liku yang dihadapi oleh gadis ini pasti akan buatkan lepasan sekolah dan mahasiswa rasa 'terpanggil' untuk mengikuti jejak langkahnya ini. Bermacam-macam cara untuk kita boleh dapatkan duit selain daripada mengharapkan ibu bapa sahaja.

Kepada  lepasan SPM yang bakal melanjutkan pelajaran, boleh jadikan kisah inis ebagai inspirasi, ketahui cara bagaimana alumni ini cara duit sendiri tanpa mengabaikan pelajaran!

CERITA SAYA CARI DUIT WAKTU BELAJAR

1. Masa belajar saya amik PTPTN hanya beberapa semester. Kemudian saya amik keputusan untuk cari duit sendiri. Masa awal semester baki duit yang tinggal untuk makan dan minyak motor. Motor saya bawa dari rumah masa semester 3. 
.

2. Masa mula-mula tanpa PTPTN tu saya rasa bersalah sebab saya terpaksa telefon ibu abah saya untuk pinjam Rm300. Sepanjang saya tinggal di universiti , itu pertama dan terakhir saya kata nak pinjam duit. Saya memang taknak susahkan ibu abah saya. Tu pun terpaksa sebab kalau takbayar duit pelepasan yuran saya tak dapat daftar subjek pada semester tersebut. Saya akan ketinggalan daripada kawan-kawan yang lain.
.

3. Hari sabtu saya akan join SUKSIS POLIS sebab dapat elaun dan makan free. Baki makanan hari sabtu ada masanya saya tapau untuk makan tengahari atau petang.
.

4. Pada sebelah petang dan malam saya akan mengadap laptop untuk jual online. Supplier sampai sekarang saya tidak pernah jumpa. Hanya berurusan ditalian. Tapi mereka baik sangat . Sampaikan dekat kolej saya kena aim dengan kakak penyelia sebab hari-hari ada je barang yang sampai . 
.

5. Saya pernah jatuh sebab ditipu dengan orang yang tak ada belas kasihan. Tapi sy tahu Allah tak akan bagi ujian jika hamba dia tak mampu. Saya sedar dan terus bangkit. Makan hanya ikat perut atau saya akan puasa setiap hari sebab nak kumpul duit mula hidup semula. 
.

6. Jika kekosongan masa saya akan join aktiviti universiti selain kelas dan bisnes online .
.

7. Saya tolong kawan jaga kereta sewa sehinggakan saya kumpul duit untuk ada kereta secondhand murah untuk dibuat sewa. 
.

8. Kereta tu saya buat sewa pada student. Saya akan balik lewat malam hantar penumpang dengan perkhidmatan 'uber'. Saya hanya ambil penumpang dalam kalangan pelajar universiti.
.

9. Jika hantar penumpang ke Parit Raja - Airport Senai , rasakan hari begitu indah sekali sebab satu trip boleh tampung duit minyak,tol dan ada lebihan. Tidur , makan ntah ke mana. 
.

10. Kadang-kadang keluar nak beli barang dengan housemate pun dia terpaksa jadi ‘co-pilot’ disebelah saya. Dibelakang kami semua penumpang.
.

11. Jika saya ikutkan keinginan, saya boleh bermewah-mewah dengan makanan mahal duit berniaga di zaman belajar. Tapi saya sedar tiada siapa akan bantu saya kecuali ibu abah saya. 
.

12. Sejak universiti lagi saya sudah gigih buat 'part time'. Setiap masa jika ada kosong saya akan isi dengan aktiviti. 
.

13. Di universiti, saya akan rancang 3 bulan awal belanja semester akan datang sebelum saya masuk semester baru.
.

14. Jadi jika lebihan saya cari pendapatan kebanyakkannya saya simpan. Nawaitu saya mendorong saya untuk berjimat dan memikirkan masa depan sehingga sekarang. 
.

15. Zaman belajar banyak mengajar saya erti hidup yang sebenar. Ibu abah saya kekuatan saya.
.

16. Saya memang daripada zaman belajar takpernah ada teman lelaki sebab hanya tumpu pada bisnes dan pelajaran. Duit saya banyak jimat masa belajar. 
.

17. Saya tak pernah rasa malu dengan apa saya lakukan. Susahnya masa belajar mengajar saya untuk hargai gaji pertama saya sehingga sekarang.

Boleh #SHARE untuk adik-adik yang masih belajar . Semoga ada manfaat daripada perkongsiaan saya.

#kaklopah