7 Tips Mudah Untuk Bantu 'Fresh Grad' Buru Kerja Dengan Cepat
# Pengetahuan Pekerja

7 Tips Mudah Untuk Bantu 'Fresh Grad' Buru Kerja Dengan Cepat

post by Nazatul

by Nazatul

Mar 28, 2018
pada 10:08 AM

Kita semua tahu bahawa sekarang ini pencarian kerja semakin  lama semakin mencabar tetapi selepas ini korang akan tahu bagaimana cara mudah dapatkan kerja dengan cepat.

Apabila ditanya majoriti graduan, sebenarnya ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menjadi berbeza dari pesaing yang lain. Contohnya seperti memberikan nota terima kasih kepada bakal majikan selepas tamat sesi temuduga.

Ini perkara kecil bagi korang kan? Tetapi sebenarnya ia mampu memberikan impak yang besar kepada sesi temuduga korang nanti.

Ramai graduan yang manja dan tak boleh berdikari pada zaman sekarang. Bab teori pandai, CGPA tinggi tapi bila buat kerja lemah segala aspek.

Ini 7 tips buru kerja bagi graduan yang korang perlu tahu: 

1. Resume Paling Penting Ye!

“Satu kajian menunjukkan bahawa secara purata, kakitangan Sumber Manusia hanya mengambil kira-kira 30 saat untuk meneliti satu resume.

Jadi pastikan resume korang kemas tapi padat !

2. Mohon Kerja Yang Sesuai

Berkait atau tidak dengan apa yang korang belajar, berkait atau tidak dengan apa yang korang minat, mohon sahaja semua kerja yang munasabah. Kerja sekali pun akan mengajar korang kemahiran yang berbeza tetapi penting.

Jika korang berada di semester akhir atau sebelum tamat pengajian, korang digalakkan untuk mula mencari dan menganalisis pasaran kerja terutamanya bidang yang diceburi.

Pada tahap ini korang boleh mula membuat semakan syarikat yang terbabit dan berkait dengan bidang tugasan korang. Kenal pasti syarikat tersebut dan senaraikan mengikut priority korang!

3. Terima Semua Tawaran Temuduga, Jangan la Sombong!

Hadiri saja semua tawaran temuduga yang korang dapat, kerana ini akan memberi korang pengalaman menghadiri temuduga.

Kejar dulu dengan peluang yg ada. Tak semestinya korang belajar elektronik,korang kena kerja berkaitan elektronik. Kalau korang kerja kedai makan pun, silap-silap nanti ada orang offer kerja lebih baik bila tengok dan tau korang graduan.

4. Study Trend Soalan Temuduga

Kalau korang perasan, soalan temuduga selalunya sama je.

Beritahu kami tentang diri anda, apa rancangan 5 tahun anda, ini semua soalan asas yang selalu ditanya majikan.

Jadi kalau korang sedari corak ini dan menyediakan jawapan yang bernas untuk soalan-soalan asas sebegini, ia sudah meninggikan peluang korang untuk mendapat pekerjaan tersebut.

5. Cari Kerja Sebelum Tamat Study, Jangan Last Minute Tau!

Apa yang korang lakukan di universiti mempengaruhi peluang korang mendapat kerja kelak.

Pencapaian akademik hanya akan membantu seseorang itu mendapat temuduga, tetapi lebih kemahiran tambahan diperlukan untuk menjalani temuduga dengan elok.

Ini semua dipelajari melalui aktiviti kokurikulum di universiti dan inilah yang dicari oleh majikan apabila mengambil pekerja

6. Kerja Sambilan

Ramai yang memandang rendah kepentingan memaksimumkan tempoh bercuti untuk bekerja.

Tak kisahlah kalau korang hanya bekerja sebagai kerani, ini akan mengajar korang menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang amat berbeza dengan alam pengajian.

Walaupun tempohnya tidak lama, tetapi akan membantu menaikkan nilai diri korang. Pengalaman menjadi seorang kerani melatih diri untuk berkomunikasi dengan baik, meningkatkan kompetensi di dalam pengucapan awam, lebih bertanggungjawab terhadap orang lain dan sebagainya.

7. Penampilan Sangat Penting!

 

Korang perlu ingat, bila korang pergi ke suatu temuduga, kemungkinan besar korang akan bersemuka dengan penemuduga yang bukan dari generasi Gen Y atau Gen Z seperti korang.

Jika korang yang kerjaya kearah pekerjaan yang profesional, korang dinasihatan untuk berpakaian seperti orang yang sudah berjaya.

Ini adalah perkara pertama untuk "first impression" kepada diri korang tau! 

Kadang kala apabila korang overdress bakal majikan tidak suka melihatnya kerana ia tidak sesuai dengan budaya syarikat berkenaan.

Apa yang mereka harap dari korang mungkin berpenampilan kemas, atau meminta kebenaran sebelum duduk dan sebagainya.