Minta Kerja, Tapi Majikan Pula Dimaki Semula
# Pengetahuan Pekerja

Minta Kerja, Tapi Majikan Pula Dimaki Semula

post by Izuan

by Izuan

Oct 17, 2021
at 3:06 PM

Minta Kerja, Tapi Majikan Pula Dimaki Semula

Try & error  memang itu yang akan di lakukan oleh semua para jobseeker andaikata kerja yang dicari atau yang ditawarkan itu tidak menepati dengan apa yang dimahukan. Namun, jika tidak berminat, adab perlulah dijaga bagi menjaga reputasi kita.

Ternyata skeptikal terhadap adab dan moral golongan muda ini meminta kerja dalam diri majikan semakin kuat apabila majikan ini sendiri kongsikan perbualan seseorang yang ingin meminta kerja denganya.

Kisahnya begini, Mat Isa Harisyah merupakan seorang pengusaha restoran dan mencari seorang pekerja di sebuah cawangannya. Beliau menerima mesej daripada seseorang untuk meminta kerja. Namun, banyak karenah pula sampaikan majikan ini jadi rimas.

Tak tahan dengan gayanya, majikan ini berikan nasihat agar jaga sikap profesionalism dalam meminta kerja, namun ini pula yang dibalas sehingga wujud perbalahan. 

Tak Nak Kerja Jauh, Gaji Nak Banyak

Terpanggil utk share bila tgk sorg sahabat share psl cara budak2 skrg mintak keje
Aku pening mula2 sbb tak brape nak fhm! Aku yg mintak keje kat dia ke atau dia yg mintak keje kat aku? Betul ke kedai yg dia ushar tu kedai aku? Gemox sgt ke aku? Mmg betul sorg pekerja aku naik honda bila ujan(x ujan naik moto) sbb dia dah pencen so dtg keje saja nak isi masa lapang! Sorg lagi naik merz tapi yg model lama dah abis byr dah pun... Pastu korang baca la sendiri
Jadikan ikhtibar utk semua
Cadang nak jugak offer keje pastu nak tgk mcm mana orgnya‼️Malas dah nak reply msj dia sbb dah xmendatangkan hasil apa2
#harisyahrestaurant
#nasiayamkerabupelam -
Mat Isa Harisyah

Jika dilihat perbualan mesej tersebut, ia bukan sahaja tak profesional, malah gaya percakapan pun umpama gaya orang tiada sivik! Dah lah 'demand', siap hina fizikal dan merendah-rendahkan perusahaan orang lagi. Hmm, ukur baju dibadan sendiri lah dik oi!

"Saya Agak Mak Cik Nak Bagi Gaji RM 1,000 Ja Kat Saya...Saya Pakai Kereta..Berbaloi Ka Tak Dengan Gaji?...Paham Tak Mak Cik?"

"Setakat Gaji RM50/day..Buat Penat Ja Pun..Agak-Agak La"

"Ingat Pekerja Mak Cik Ni Bangla Ka Nak Kerja Berjam-Jam Lamanya?"

"Saya Doakan Kedai Mak Cik Bankrap Lepas Ni..Badut Gemuk Yang Gila & Kaki Mengarah"

"Apa Barang Nak Kerja Kat Kedai Makan Mak Cik Kalau Setakat Bagi Gaji RM50/day Ja??"

Dari Sikap Amatur Sampai Hilang Sivik

"Banyak Tempat Lagi Saya Boleh Kerja Mak Cik"