Modal Cuma RM500 Je, Tapi Bisnesnya Berjaya Dikembangkan Sehingga Ke Singapura! Apa Rahsianya?
# Gaya Hidup

Modal Cuma RM500 Je, Tapi Bisnesnya Berjaya Dikembangkan Sehingga Ke Singapura! Apa Rahsianya?

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 29, 2018
pada 1:05 AM

Bila bercakap soal bisnes, ramai yang tak berani nak menceburkan diri dalam bidang ini atas faktor modal. Kadang kala ilmu dah banyak, tapi disebabkan mindset sering mengatakan kalau nak berbisnes perlu modal yang besar, maka impian tersebut dibiarkan berkubur begitu saja.

Siapa kata nak berbisnes perlu modal yang besar? Lihat apa yang dilakukan oleh anak muda ini, dengan modal kecil sebanyak RM500 je, tapi dia berjaya mengembangkan bisnesnya sehingga ke negara jiran, Singapura. Bisnes apa yang dilakukannya? 

 

Kisah Di Awal Permulaan Bisnes

Pada awalnya, dia menjual nasi lemak di bazar Ramadhan Shah Alam setiap hari. Tetapi perniagaan nasi lemaknya tak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Ketika sedang buntu dengan prestasi perniagaannya itu, seorang peniaga air mangga yang berniaga di tapak bazar yang sama datang dan memberi idea kepadanya serta menyuruhnya menjual air mangga. Segala selok belok perniagaan air mangga itu dikongsikan dengannya. Dari situlah tercetusnya permulaan bisnes air mangga tersebut.

 

 

Dapat Sambutan Menggalakkan

Lepas saja mendapat idea tersebut, dia terus menjual air mangga di bazar Ramadhan Sentul. Bukan tu saja, dia juga menjualnya di kawasan berhampiran masjid, pasar malam dan bazar sekita ibu kota. 

“Syukur, ia satu pilihan yang tepat kerana perniagaan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ternyata keputusan saya untuk terus mengorak langkah tanpa mengambil kira kekecewaan yang pernah dialami membuahkan hasil yang tidak disangka,” katanya.

 

Akhirnya Wujud Perniagaan Ayaq Mangga By Bonda

Disebabkan sambutan yang menggalakkan, akhirnya dia bersama-sama suami bersetuju untuk mengeluarkan jenama air mangga sendiri iaitu Ayaq Mangga By Bonda seperti yang dapat kita lihat pada masa ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa yang menyebabkan air mangga jualannya itu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Ini jawapannya:

''Bagi saya mudah saja, air mangga yang dihasilkan itu perlu lazat bagi memastikan ia terus digemari ramai. Oleh itu, saya juga perlu pastikan bekalan mangga yang diperoleh daripada kebun mangga di seluruh Malaysia dan Thailand segar serta berkualiti,'' katanya.

Dia juga sentiasa memastikan ramuan yang digunakan dalam menghasilkan air mangga itu mencukupi bagi mengekalkan keenakan rasa selain tidak menggunakan sebarang bahan pengawet.

Walaupun pernah diduga teruk, di mana tempat penyimpanan air botol mangga tersebut mengalami bekalan elektrik terputus sehingga menyebabkan hampir 3,000 botol air mangga telah rosak ketika raya tahun lalu, namun ia tak mematahkan semangatnya langsung. 

Kejayaan Siti Aisyah membuktikan kepada kita semua yang peniaga pasar malam pun boleh berjaya asalkan ada perancangan, usaha dan strategi yang tepat dalam mengembangkan perniagaan.

Sumber Oleh: Harian Metro