Selain Gaji RM 2,700, Ahli Ekonomi Ini Bentangkan 6 Lagi 'Living Wage' Di Ibu Kota
# Trending Semasa

Selain Gaji RM 2,700, Ahli Ekonomi Ini Bentangkan 6 Lagi 'Living Wage' Di Ibu Kota

post by Izuan

by Izuan

Mar 29, 2018
pada 9:26 AM

Berikutan dengan laporan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai gaji minimum untuk bujang di KL merupakan RM 2,700 sebulan. Namun begitu, ia bukanlah sesuai bagi mereka yang sudah mempunyai isi rumah.

Setiap orang yang mempunyai isi rumah berbeza ada jumlah pendapatan mereka tersendiri. Oleh itu ahli ekonomi Izzudin Yussof, bentangkan 5 lagi 'living wage' yang patut diterima oleh rakyat Malaysia berdasarkan data Laporan Tahunan BNM.

Living wage in Kuala Lumpur

Antara benda yang paling best dalam BNM punya Annual Report semalam adalah berkaitan 'living wage'

Dengan menggunakan data dari DOSM, BNM membuat anggaran berapa banyak gaji yang satu-satu isi rumah itu perlukan untuk mempunyai tahap kehidupan yang 'okay'. Atau bahasa rasminya 'minimum acceptable standard of living'

Kiranya mereka yang ada gaji banyak ni. Bolehlah hidup tanpa asyik memikirkan masalah duit siang dan malam, selagi mana diorang berbelanja dengan sederhana

Antara point menarik...

1) Kalau hidup seorang, living wage yang diperlukan hanyalah RM2,700. Kiraan ni atas jangkaan individu tersebut hanya menyewa bilik berbanding menyewa rumah dan agak kerap makan di luar dengan kadang kala memasak di rumah

2) Kalau pasangan suami isteri tanpa anak, living wage diperlukan adalah RM4,500. Atau dengan kata lain campur income kedua-dua suami isteri tu perlulah mencapai RM4,500 atau RM2,250 seorang. Ini atas jangkaan mereka menyewa one bedroom apartment, dan lebih banyak masak di rumah

3) Kalau ada dua orang anak. Sekaligus kos naik kepada RM6,500. Atas assumption dah mula kena sewa 3 bedroom apartment. Selalu masak kat rumah melainkan weekend. Bayar untuk childcare dan lain-lain

Secara kasar ianya juga memberi gambaran seolah-olah kos membesarkan anak adalah dalam RM1,000 seorang

4) Di Kuala Lumpur ni, seramai 27% household tidak mampu mencapai income living wage. Tapi dengan kata lain juga bermaksud seramai 73% juga mampu mendapat income untuk hidup tanpa financial stress di KL

5) 73% daripadanya adalah household yang mana ketua keluarganya mempunyai pendidikan sekolah menengah dan ke bawah. Ini sekali lagi bukti secara umumnya, pendidikan masih penting untuk mendapat income yang baik

6) Minimum acceptable adalah berbeza dengan aspirational living standard. Yang boleh kata golongan yang memang boleh hidup dengan baik tanpa risau pasal duit

Sangat berharap living wage ni akan terus dikeluarkan oleh BNM. Barulah boleh tau betul ke cost of living Malaysia ni naik tinggi setiap tahun

Source: BNM Annual Report 2017