Jangan Sesekali Gunakan 9 'Ayat' Ni Depan Boss Korang Tau
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Jangan Sesekali Gunakan 9 'Ayat' Ni Depan Boss Korang Tau

post by Nazatul

by Nazatul

Mar 30, 2018
pada 6:16 PM

Bos korang tu kawan baik sampaikan panggil best buddy lah. Siap ada inside joke atau gelaran nama yang korang berdua je faham. Uishh rapat betul dengan bos! Tak ada masalah cuma korang perlu berjaga-jaga juga dalam percakapan sewaktu bekerja kerana walaupun korang kawan rapat siap main golf hujung minggu bersama pun, kerja tetap kerja dan dia tetap majikan korang.

Ini adalah beberapa ayat yang korang jangan sesekali gunakan pada bos walau rapat macam mana pun. Kalau kata kesat tu lagii lah jangan cuba-cuba nak gunakan okay? 

1.  "Ah sudah lah! Saya nak tukar kerja"

Korang sedang bersembang mengenai isu-isu terbaru di office dengan majikan. Timbul pula satu isu yang tidak berapa korang gemari. Walaupun korang hanya sekadar bergurau jangan sesekali katakan yanng korang mahu berhenti kerja. Jangan sesekali cuba untuk nak mengugut majikan tau, ianya memang satu percaturan yang salah.

2.  " Kenapa bos undi parti tu?"

Hal-hal berkaitan politik amat lah dilarang untuk dibincangkan atau dibualkan di tempat kerja. Jangan bawa masuk hal politik dalam urusan kerja. Undi atau sokong parti mana itu adalah hak individu dan korang tak perlu nak ambil tahu pun Jadi biarkan sahaja bos korang nak sokong parti mana dan jangan sesekali naikkan soalan itu walau serapat mana pun.

3.  " Mustahil lah!" 

Majikan tak nak dengar jawapan negatif daripada pekerjanya. Kalau korang ada apa-apa untuk disuarakan, cakap dengan jelas dan sediakan hujah-hujah yang masuk akal. Sewaktu mesyuarat bila semua orang serious memikirkan penyelesaian untuk cadangan bos korang dengan selamba je cakap lantang "Mustahil lah bos nak buat tu."

Wow! Memang lah korang rapat dan kawan minum kopi sama-sama tapi etika kerja mesti lah dipraktiskan juga. Ingat untuk memilih perkataan yang diterima pakai okay. Jangan membuta tuli je luahkan segala perkara yang korang mahukan tanpa memikirkan perasaan orang lain.

4.  "Boleh tak minta orang lain yang buat?"

Huishh hebatnya korang. Senang-senang je tolak kerja depan muka bos dengan muka selamba. Ada sebabnya mengapa bos tu bagi kerja dekat korang tau. Tak kan lah disebabkan korang berdua main golf sama-sama hujung minggu, dia kena bagi layanan mesra?

Tak payah buat kerja sangat, hanya masuk office untuk bersembang je dengan dia setiap hari. Banyak cantik! Favoritism tidak akan sesekali dipraktiskan di office ya, jadi ingat tu.

5.  "Itu bukan kerja saya bos"

Okay faham yang skop kerja bos bagi tu tak tertulis pun dalam kontrak kerja korang yang ditandatangani waktu hari pertama masuk kerja. Tapi korang tak nak cuba majukan diri ke? Cuba untuk kaut segala soft skill dan pengetahhuan yang boleh membantu korang cantikkan lagi resume tu?

Makin banyak soft skill yang korang pelajari lagi berharga lah diri korang tu  dan senang untuk nak dapatkan better offer dari syarikat lain. Malah, mungkin berpeluang untuk dinaikkan pangkat di office atau juga kenaikkan gaji. Mana tahu kan?

6.  " Entah, tak tau"

Bos tanya macam mana progress kerta kerja dengan client minggu lepas, senang je korang jawab "entah, mana la saya tahu. Bukan kerja saya nak follow-up dengan client." Ini memang jawapan yang mengundang untuk dipecat serta merta ni. 

Dengan bahasa pun kasar, dan adab dengan majikan pun hilang macam mana bos nak layan korang dengan baik? Jangan sesekali cuba nak angkat bahu tanda tidak tahu pada bos apabila ditanya okay. Cuba lah jawab dengan sopan sedikit.

7.  "Saya tak dibayar cukup untuk nak buat kerja itu"

Sama juga seperti kes "ini bukan kerja saya." Mungkin korang hanya cuba untuk berjenaka ataupun nak bagi hint yang korang mahukan kenaikkan gaji pada bos, betul tak?Tetapi frasa ayat ini amat lah tidak professional dan tidak beradab untuk diperkatakan. Ia juga memberikan gambaran pada majikan yang korang tidak mahu memajukan diri.

8.  "Saya break-up semalam dengan GF. Tak ada mood lah nak masuk kerja" 

Semua orang ada masalah peribadi masing-masing tetapi diorang tu bijak, tidak campur-adukkan kerja dengan masalah peribadi. Jadi kenapa korang tak boleh jadi bijak seperti mereka juga?

Bukan lah bermaksud untuk suruh korang tiada perasaan langsung tetapi cuba untuk selesaikan masalah dengan sendiri dan jangan sesekali berikan alasan sebegini untuk cuti. Macam tak kena je dengan etika kerja, kan?

9.  " Dia tu teruk lah bos"

Ini mungkin apa yang korang bual kosong kan dengan rakan-rakan sewaktu makan malam tetapi jangan sesekali cuba untuk bersembang hal ini dengan bos. Elakkan untuk bergossip dengan bos mengenai hal atau sikap pekerja lain.

Nanti korang akan dianggap sebagai spy bos pula. Bukan itu je, setiap perkara buruk yang korang beritahu pada majikan tu seolah-olah melambangkan peribadi diri korang yang sebenarnya pula. Haa tak best kan.