''Jangan Berhenti Kerja Selagi 'Income' Kerja Part Time Tak Cecah...'' Dengar Hujah Jutawan Hartanah Ini
# Gaya Hidup

''Jangan Berhenti Kerja Selagi 'Income' Kerja Part Time Tak Cecah...'' Dengar Hujah Jutawan Hartanah Ini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 1, 2018
pada 2:03 AM

Berhenti kerja bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Macam mana payahnya untuk mendapatkan kerja, begitulah juga yang terpaksa dilakukan jika seseorang itu ingin berhenti kerja. Jika tersilap langkah, keputusan yang dibuat pasti akan menyusahkan diri sendiri. 

Itulah yang cuba disampaikan oleh Faizul Ridzuan, jutawan hartanah yang sering berkongsi tentang tips kewangan untuk dijadikan panduan orang di luar sana. Untuk korang yang mempunyai keinginan untuk berhenti kerja dan buka bisnes sendiri, jangan terus berhenti kerja selagi tak dengar nasihat ini.

 

Test Idea Bisnes

''Katakan passion kita nak berhenti kerja sebab nak buka bisnes 'Food Truck.' Tak salah, tapi bagi saya kena test idea tu dulu sebelum belanja sampai RM80K - RM150K untuk beli bahan modal dan sebagainya. Sebagai contoh, jika kita nak jual makanan Mexican, bukan tak boleh, tapi kena test dalam small scale, guna modal dalam RM2K - RM3K. Cuba jual di tempat-tempat strategik seperti di tepi jalan dan sebagainya. 

Kalau permintaan tu menggalakkan dan kita yakin kita boleh mengembangkan bisnes tu, maknanya bisnes kita tu ada acceptance di pasaran dan ia bukanlah bisnes syok sendiri.

 

Buat Kerja Part Time Dulu

''Buat kerja part time dulu. Bila income kerja part time kita tu dah boleh cecah sehingga 50% daripada pendapatan bulanan kita hari ni, barulah kita boleh pertimbangkan untuk berhenti kerja.''