Wanita Berkebaya Merah: Gimik Filem Dukun Selepas 12 Tahun Penantian
# Trending Semasa

Wanita Berkebaya Merah: Gimik Filem Dukun Selepas 12 Tahun Penantian

post by Aisya

by Aisya

Nov 20, 2023
pada 7:25 AM

Selepas 12 tahun pembikinan, Dukun, filem Melayu yang pernah dihalang tayangannya kerana beberapa keraguan dan kontroversi, akhirnya bakal ditayang dan bakal menemui penonton pada 5 April ini. 

Filem ni diadaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan penyanyi Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam filem yang sepatutnya ditayangkan pada Disember 2006 itu diharamkan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga pihak terbabit.

Dalam filem tersebut, ia menampilkan Umie Aida sebagai watak pembunuh utama yang membayangi watak Mona Fandey. Selain Umie, pelakon lain yang turut membintangi filem itu adalah Hasnul, Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana, Faizal Hussein, Chew Kin Wah, Deana Yusof, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi.

Filem Dukun bocor di internet

Filem Dukun ni kembali hangat diperkatakan dan menjadi buah mulut selepas ia dikatakan bocor dalam Internet pada awal tahun ini. Menerusi beberapa perkongsian ‘link’ daripada pihak tertentu, filem arahan Dain Said itu dapat ditonton selama 1 jam 35 minit.

Difahamkan filem yang bocor itu memaparkan hampir keseluruhan jalan cerita filem terbabit. Bagaimanapun, menurut sumber Harian Metro, penamat filem yang dimuat naik itu bukan penamat sebenar kerana proses suntingan belum selesai.

Misteri wanita berkebaya merah terjawab

Sejak minggu lalu, tular mengenai penampakan susuk seorang wanita berkebaya merah yang melintasi beberapa jalan raya dikaitkan sebagai gimik filem Dukun.

Namun begitu akhirnya misteri wanita berkebaya merah itu terjawab kerana itu adalah ‘penampakan Diana Dahlan’ (Umie Aida) yang kini kembali menghantui tanah air dalam filem Dukun. Dalam pada itu, ramai netizen yang menjangkakan filem Dukun diubah suai atau ditukar jalan cerita mengikut kesesuaian berbanding filem lama atau filem yang bocor dalam internet.

Hmmm hebat jugak gimik filem ni! Tanpa memerlukan promosi yang besar dan panjang, kitorang yakin pasti ramai antara korang dah tak sabar-sabar nak pergi tengok filem Dukun ni kan?