Sejauh mana kita menafikan, hakikatnya memang graduan muda antara golongan yang gemar kerja sekejap-sekejap. Tak tahan sikit, resign. Bukan nak salahkan graduan muda seratus peratus, tetapi sikap sebeginilah yang selalu dirungutkan oleh majikan sehingga menimbulkan isu 'graduan manja.'


