Harga Tall Frappucino Cuma RM2 Je Di Starbucks Sekarang Ni, Murah Weh!
# Trending Semasa

Harga Tall Frappucino Cuma RM2 Je Di Starbucks Sekarang Ni, Murah Weh!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 1, 2018
pada 8:40 AM

Haa ada sesiapa yang tengah tunggu promo dari Starbucks? Berita baik untuk korang sebab Starbucks ada buat promo lagi hari ni. Kali ni korang boleh beli Tall Frappucino pada harga RM2 je weh! Haa murah tu! Macam mana nak beli Tall Frappucino pada harga RM2 ni?

 

Korang cuma perlu beli mana-mana flavour VENTI Frappuccino dan kemudian korang layak untuk beli TALL Frappuccino pada harga RM2! Promo bermula sekarang sehingga pukul 8 malam hari ini. 

Promo ini tak tertakluk untuk mana-mana promo lain atau diskaun. Promo ini sah untuk semua Starbucks di seluruh Malaysia kecuali Genting Highlands, Sunway Lagoon Kiosk, Masjid Jamek and Bangsar LRT.

Sempat lagi ni nak serbu Starbucks. Jom!

Sumber Oleh: Freebiesland