Kalau nak kerja kerajaan, korang perlu lalui temuduga jawatan kosong SPA. Kebanyakannya kat sinilah yang ramai terkandas.


by Aisya
Kalau nak kerja kerajaan, korang perlu lalui temuduga jawatan kosong SPA. Kebanyakannya kat sinilah yang ramai terkandas.
Kalau korang nak tahu, kelulusan akademik bukan faktor utama untuk berjaya dalam sesi interview temuduga kerajaan tau. Banyak kemahiran diambil kira. Ramai yang kecewa sebab tak dapat lulus temuduga kerja kerajaan. Biasalah yang mohonnya ramai, tetapi slotnya sikit. Kena pula pengambilan kakitangan kerajaan sangat ketat.
Jadi kali ni kitorang nak kongsikan beberapa panduan, cara dan tips temuduga kerajaan. Semoga ianya dapat membantu korang.

Penampilan diri perlu dijaga semasa menghadiri interview kerajaan. Anda perlu SKEMA pada hari temuduga kerajaan tersebut. Yang penting nampak kemas, profesional dan menarik.
Korang kena datang dalam keadaan tenang dan jangan kelam-kabut. Sentiasa persiapkan diri daripada segi :
Tahu tugas dan peranan bagi jawatan yang korang apply tu. Korang juga perlu selidik struktur dan organisasi kerajaan. Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas-tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).

Buat homework dan latih tubi berulang kali. Jangan menghafal tetapi memahami. Contoh terbaik soalan lazim temuduga SPA ialah:
"Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?"
"Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?"
So korang kena sentiasa bersedia dengan soalan-soalan sebegini.
Korang kena ambil tahu isu semasa dan terkini di Malaysia sebab kemungkinan besar juga dorang akan bertanya dengan soalan-soalan berkaitan isu semasa.
Sebagai contoh, panel penemuduga berkemungkinan bertanyakan pendapat korang tentang dasar luar Amerika yang diamalkan oleh Presiden barunya Barrack Obama. Manakala, dari konteks dalam negeri, korang mungkin diminta menghuraikan pandangan tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Najib Razak.
Korang perlu berusaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat. Elakkan diri daripada bersikap pasif, pendiam dan semasa temuduga kerajaan menjadi hambar. Kalau teruskan juga, harapan korang untu masuk ke sektor kerajaan makin menipis!
Bukan sesuatu yang memalukan jika kornag tak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga. Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”. Sebaliknya, cuba terangkan sejauh mana yang korang tahu dan tunjuk usaha kepada penemuduga bahawa korang sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat.
Panel penemuduga sangat sukakan calon yang bersemangat dan bercita-cita tinggi.
Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif korang untuk mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu.

Tidak kira apa fahaman politik korang sekalipun, korang mesti menyokong dasar dan kerajaan semasa ditemuduga. Itupun kalau korang nak berjayalah!
Buktikan yang korang sememangnya sangat berminat jika diberikan peluang untuk bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Tunjukkan keyakinan dan semangat korang apabila panel penemuduga (biasanya akan ditanya pada sesi akhir temuduga, samada anda mahu katakan sesuatu nanti).
Tak salah kalau korang nak jadi peramah tapi jangan sampai mengganggu orang lain. Jangan terlalu over dengan interviewer tu macam cakap dengan kawan-kawan pulak. Tapi janganlah senyap sangat. Orang tanya sepatah, korang pun jawab sepatah.
Make sure bila orang tanya soalan tu, korang jawab jangan melalut pulak. Jawab berdasarkan fakta dan dengan penuh dengan kredibiliti.