Pasukan Penyelamat Bawa Jenazah 'Junggle Trekking' Keluar Ikut Laluan Udara
# Trending Semasa

Pasukan Penyelamat Bawa Jenazah 'Junggle Trekking' Keluar Ikut Laluan Udara

post by Aisya

by Aisya

Apr 8, 2018
pada 5:01 AM

Niat seorang lelaki dengan berat badan melebihi 120 kilogram untuk melakukan ‘jungle trekking’ tidak kesampaian apabila dia dipercayai maut akibat aktiviti itu di Sungai Ketir, Hutan Royal Belum semalam.

Difahamkan, mangsa sedang mengambil masa untuk berehat sebelum tidak sedarkan diri dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa menggunakan sebuah pesawat Agusta AW139 bagi memudahkan pengurusan mengeluarkan mayat mangsa.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi dan jarak perjalanan mengambil masa selama lapan jam untuk ke lokasi mangsa berada.

“Perjalanan itu merangkumi dua jam dengan menaiki bot dan enam jam lagi merentas hutan untuk ke lokasi mangsa berada. Operasi mengeluarkan mangsa
melalui jalan darat mengalami kesukaran dan bantuan unit udara diperlukan.

“Pasukan bomba dari unit udara yang diketuai Kapten Faisal Izani Azizan bersama tiga anak kapal telah berlepas kira-kira jam 1.21 petang dan sampai di
Kem Sri Banding kira-kira jam 1.54 petang. Mereka memulakan operasi ‘bodyvav’ ke lokasi kejadian.” - 
Azizul Aswad Asaris, Ketua Balai Bomba dan
Penyelamat Gerik. Di ambil dari Sinar. 

Menurut Azizul Aswad, mereka terpaksa menggunakan teknik ‘winching’ selepas mendapati tiada lokasi sesuai untuk membuat pendaratan selain keadaan fizikal hutan yang tebal. Mangsa berjaya dibawa keluar dan sampai di Lapangan Terbang Gerik. 

Alfatihah. Semoga roh beliau berada di golongan-golongan beriman.