5 Rahsia Wanita Ini Buat Mengubah Kerjayanya, Dulu Pemandu Bas, Kini 'Pandu' Kapal Terbang
# Gaya Hidup

5 Rahsia Wanita Ini Buat Mengubah Kerjayanya, Dulu Pemandu Bas, Kini 'Pandu' Kapal Terbang

post by Izuan

by Izuan

Apr 12, 2018
pada 5:02 PM

Siapa sahaja yang tak mahukan perubahan dalam hidup, perubahan yang membuatkan kita melangkah ke satu lagi tahap yang lebih tinggi. Ia bukanlah suatu perkarayang mudah, kecekalan, kesabaran, ketekunan dan usaha perlu ada dalam diri

Seperti kisah Kak Erna ini, beliau telah berjaya mengubah hidupnya daripada seorang pemandu bas kerja kilang, kepada 'pandu' kapal terbang! Berdasarkan kisah inspirasinya ini, semua kerja keras dan uasaha takkan pernah menjadi jika tak buat 5 amalan ini

Daripada Pemandu Bas Kini Dah Berjaya ‘Pandu’ Kapal Terbang

Sini Lia nak cerita tentang seorang wanita yang dulunya pemandu lori kilang tapi sekarang dah berjaya 'pandu' kapalterbang!
.
Wanita ni Lia panggil beliau Kak Erna. Lahir di negeri Johor. Nama sebenarnya Ernayanee Nur Julaimi, berumur 33 tahun dan berkelulusan SPM.
.
Dulu kak Erna ni seorang pemandu bas kilang je. Namun di sebabkan hutang yang sangat banyak, dan nak survived hidup, kak Erna terpaksa cari jalan untuk dapatkan duit setiap bulan.
.
Yelah, dulu Kak Erna selalu janji nak bagi duit bisnes bulan-bulan kat mak ayah dia. Tapi 1 habuk pon tak ada! Buat bisnes semuanya tak jadi. Sampaikan kawan-kawan dan saudara mara semua mengata dan perli dekat dia.
.
Sehinggakan 1 hari, Kak Erna tekad, jumpa ayah dia bagitahu hasratnya nak jadi pemandu bas yang bawa pekerja-pekerja ke kilang di negeri Johor. Masa itu 1 pekerja naik bas cuma di bayar RM1.00 sahaja. 
.
Bayangkan 1 hari 30 orang x 2 kali trip = 60 orang. Jadi 60 orang x RM1.00 = RM60.00 sehari. Kalau sebulan Kak Erna boleh dapat RM60.00 x 30 hari = RM1800! Untuk orang yang tak ada duit, RM1800 tu sangat banyak.


.
Di sebabkan ada “big why” yang kuat untuk cari duit, Kak Erna tak pernah putus asa. Sebab yakin dan percaya setiap cabaran itu pasti ada solusinya. 
.
Sehinggakan pada 1 ketika, mama Kak Erna datang usap kepalanya sambil berkata,
.
“Mama maafkan kau dan beri restu mama pada kau nak dan semoga kau terus berjaya”.
.
Disebabkan “RESTU” dari seorang ibu, selepas itu bisnes yang Kak Erna buat semuanya jadi! Kak Erna berniaga online menggunakan konsep dropship je, buat bisnes ‘Original Rejected Perfume’ dari jam 6 pagi - 12 tengah malam! 


.
Bermula online business dari bilik kecil, kemudian pindah ke kedai kecil di Jalan Reko, tubuhkan jenama Dexandra Perfume, selepas itu pindah pula di Bangi Sentral (3 tingkat) selama 3 tahun dan kini beliau mempunyai 1 wisma yang sangat besar di Kajang. 1-1 nya orang Melayu yang membeli wisma di situ!
.
Kak Erna pernah bagitahu Lia rahsia dia boleh dapat kejayaan yang mengejut dan dasyat ni..

Ni antara 5 rahsia yang  dapat korek daripada dia :

1. Sentiasa minta restu mak dan ayah sebab restu ni sangat penting untuk dapat keberkatan hidup.
.
2. Tak pernah tinggalkan solat taubat dan solat tahajud sambil menangis dan berdoa bersungguh-sungguh pada Allah.
.
3. Setiap pagi Kak Erna ni baca 3 kali Al Fatihah. Fatihah pertama dia niatkan untuk diri sendiri. Fatihah kedua dia niatkan kepada mak ayah. Fatihah ketiga diniatkan untuk orang yang tak suka dengan dirinya. Makin orang tak suka makin dia sedekahkan Al Fatihah tu!
.
4. Setiap hari jumaat Kak Erna akan sedekah dengan cara belanja orang makan nasi ayam. Dari 7 pagi sehingga waktu 12 tengahhari di sebelah outlet Dexandra. Dengan cara inilah Kak Erna salurkan rezeki kat seluruh jemaah Dexandra dari stokis hingga ke dropship.
.
5. Berkongsi rezeki dengan adik beradiknya. Malah adik-adiknya mendapat 3 kali ganda komisen lebih banyak dari diri dia sendiri!
.
Bayangkan tahun 2017, Dexandra mencatatkan jualan botol 35ml terjual sebanyak 2,000,000 botol setahun! Dengan jemaah yang kuat iaitu mempunyai 100 orang stokis, 3000 agent dan 20,000 orang dropship!
.
Tahun 2018, Dexandra membawa 1 perubahan yang sangat besar dalam industri Malaysia! Lebih dasyat lagi Kak Erna sanggup invest duit marketing hampir 3 juta untuk wrap 4 buah kapal terbang di Air Asia!
.
Alhamdulillah. Berkat tunjuk ajar dan tips Kak Erna ni sekarang Lia dah berjaya jadi stokis No. 1 Dexandra di Malaysia. Lia juga dah berjaya jana jualan 5-6 angka sebulan. Doakan Lia boleh pergi lebih jauh lepas ni.
.
Siapa yang dah penat pandu 'lori masalah kewangan' tu boleh la join Lia sekarang supaya kita boleh sama-sama terbang dengan 'kapal terbang kekayaan dan kebebasan' bersama-sama. Jommm!
.
Nota tambahan: Semoga posting Lia dapat naikkan semangat anda semua. Silakan #SHARE dengan bahagia ya. 
.
#ChettakiOmey
#Dexandra
#AirAsia

Geng-geng Johor ! Texas Chicken (JB) akan mengadakan "Walk-In-Interview" untuk beberapa kerja kosong di City Square,JB ! 
Senarai jawatan kosong (**RM1,000++) :
1. Kitchen Crew (Full Time & Part Time)
2. Restaurant Crew (Full Time & Part Time)
Sebarang pertanyaan, Whatsapp terus 012-387 1367 (Fazid). ​